• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Selain Baik Untuk Kulit, Ini 4 Kebaikan Vitamin C Untuk Kesihatan

by Jash Lee
May 1, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi melawan virus Covid19 yang melanda dunia sekarang ini, tidak cukup hanya melakukan langkah keselamatan dari luar, penjagaan dalaman tubuh juga amat penting untuk diberi perhatian.

Selain dari mengamalkan ‘physical distancing‘, menjaga ketahanan tubuh badan juga terbukti dapat membantu melawan serangan Covid19.

via webmd.com

Menjaga sistem kekebalan tubuh badan dapat dilakukan dengan berbagai cara. Salah satunya adalah dengan pengambilan vitamin C secara rutin dan konsisten. Vitamin C atau nama saintifiknya adalah asid askorbik adalah sejenis vitamin larut air. Kandungan antioksidan yang terdapat didalam vitamin C berfungsi untuk melindungi kerosakan sel dan dapat meningkatkan daya tahan tubuh.

Bukan hanya itu, kita juga boleh memperolehi vitamin C yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik , jambu batu, oren, kiwi dan strawberi, brokoli dan tomato  juga masih mempunyai banyak kebaikan lain. Jadi, kita tidak perlu ragu-ragu dalam pengambilan vitamin C. Berikut adalah 5 kebaikan yang dapat kita nikmati daripada pengambilan vitamin C.

1) Mengawal Tekanan Darah

via shutterstock

Tekanan darah tinggi boleh mempengaruhi kesihatan. Antara yang paling kerap berlaku adalah seperti merasa pening, degupan jantung yang tidak teratur hingga yang paling teruk yang boleh menyebabkan komplikasi pada organ lain. Jadi, bagi meningkatkan gaya hidup yang lebih baik adalah dengan pengambilan vitamin C agar dapat membantu mengawal tekanan darah agar lebih stabil.

Vitamin C juga mempunyai sifat diuretik yang akan menjadikan buah pinggang mengeluarkan lebih banyak air dan natrium dari badan. Kesannya, dinding saluran darah akan lebih stabil sehingga darah dapat mengalir dengan lebih lancar ke seluruh tubuh badan.

2) Meningkatkan Penyerapan Zat Besi

via sabigagu.com

Tubuh amat memerlukan zat besi bagi menghasilkan sel darah merah dan menyalurkannya ke seluruh badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin C boleh menjadi salah satu cara yang baik untuk memaksimumkan penyerapan zat besi yang masuk ke dalam tubuh badan.

Dengan pengambilan 100 mg vitamin C, dapat juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi sehingga 67 persen. Pengambilan zat besi yang mencukupi juga dapat mengurangkan risiko anemia dan penyakit lain yang disebabkan oleh kekurangan zat besi di dalam tubuh.

3) Menyihatkan Kulit Dan Rambut.

via Hellosehat

Bukan rahsia lagi jika vitamin C sering juga digunakan untuk kecantikan. Vitamin C yang mengandungi antioksidan yang tinggi dapat memperlambatkan kerosakan sel termasuk sel kulit dan meransang pembentukan protein kolagen.

Kolagen ini menjadikan kulit akan terasa lebih sihat, lembut dan lembap. Tidak hanya pada kulit wajah, kulit kepala yang sihat juga akan meransang pertumbuhan rambut dan dapat mengurangkan risiko keguguran rambut atau rambut yang rapuh dan bercabang.

4) Membantu Mengurangkan Berat Badan.

via Bukanaku

Selain dari pemakanan dan senaman yang sihat, pengambilan vitamin C diyakini dapat memaksimumkan program diet. Penyelidikan dari Jabatan Pemakanan, Arizona State University East, menunjukkan bahawa orang yang kerap mengambil vitamin C akan dapat membakar lebih banyak lemak jahat dalam badan ketika bersenam berbanding dengan orang yang jarang konsum vitamin C. Makan makanan yang tinggi vitamin C juga akan bantu mengekalkan kecergasan fizikal sehingga tidak mudah jatuh sakit ketika menjalani proses diet.

5) Meningkatkan Mood yang Baik.

via duniakita

Terdapat beberapa jenis makanan yang sesuai untuk dimakan bagi mengurangkan tekanan kerana pengasingan pandemi Covid19 secara bebas, salah satu makanan yang tinggi vitamin C. Oleh kerana antioksidan yang tinggi akan membuat imuniti meningkat dan kecergasan badan sehingga risiko keletihan yang menjadi penyebab stress dapat diminimumkan.

Vitamin C juga dapat meningkatkan kesihatan otak. Antioksidan akan memaksimumkan kemampuan berfikir sehingga orang lebih mudah memberi tumpuan semasa belajar dan bekerja juga dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan otak pada usia tua.

Semoga dengan perkongsian kali ini, kita akan lebih menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin C yang disarankan bagi kesihatan tubuh badan. Namun diingatkan, jangan diambil secara berlebihan.

CoronaVirus VitaminC MakananSihat DayaTahanTubuh
https://lomp.at/7q0hl
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
Kesihatan

Bagaimana Makanan Sihat Boleh Buat Murid Sekolah Jadi Lebih Kreatif? Ini Jawapannya…

Kanak-kanak bukan saja perlukan makanan sihat untuk kuat badan, tapi juga untuk otak dan imaginasi mereka. Makan Bijak Bersama Ayam...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan...

Read more
by Phic ARMAN
November 14, 2025
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read more
by Farah Fatihah
December 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore