Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Selain Karier Lakonan dan Perniagaan, Mia Sara Cuba Bidang Baru

by Phic ARMAN
November 19, 2019
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon kanak-kanak, Mia Sara menyatakan dia akan cuba untuk menceburi bidang nyanyian kerana mahu menjadi seorang selebriti yang serba boleh.

Mia berkata, selepas menceburi bidang lakonan dan juga perniagaan kini ingin mengembangkan bakatnya dalam dunia muzik iaitu menyanyi dan bermain muzik. Menurut Mia yang kini memiliki 116 ribu subscriber menganggap selepas dia menceburi bidang nyanyian ini, peminat dapat melihat bakat lainnya selain berlakon.

“Sebelum ini orang lihat saya hanya berlakon dan menceburi bidang perniagaan, tetapi sebenarnya saya dah lama nak cuba bidang muzik. Saya meminati bidang nyanyian dan muzik seperti bermain UkuLele. Insyallah pada masa akan datang, impian saya ini akan menjadi kenyataan”

YouTube video

Dalam perkembangan lain, Mia baru sahaja selesai penggambaran siri komedi baharu, ‘SMK’ di saluran Astro Ceria. ‘SMK’, sebuah siri menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah. Ia mengangkat keunikan setiap pelajar dan menyuntik semangat persahabatan serta keharmonian terutamanya di kalangan pelajar yang hadir dari pelbagai latar belakang.

Mulai bersiaran pada setiap hari Sabtu, 30 November, 11.00 pagi, ‘SMK’ diterajui oleh pelakon kanak-kanak/remaja; Wafiy Ilhan, Erissa Puteri, Fikry Kiki, Idan Aedan, Rykarl Iskandar, Mia Sara, Aniq dan Kashika dari ‘Ceria Megastar’. Turut hadir memeriahkan siri ‘SMK’ adalah pelakon / pelawak popular tanah air, Abam Bocey, Hafidz Roshdi dan Nasz Sally.

Strim lebih 9,000 video untuk kanak-kanak di Astro GO

Sempena musim cuti persekolahan ini, Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand, sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Dalam pada itu, kanak-kanak juga boleh menonton program-program kegemaran mereka ini dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuklah di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV), saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) dari 23 November 2019.

https://lomp.at/cod0c
Share36Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem