Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Selain Lisa Blackpink, 3 K-Pop Idol Ini Pernah Nekad Tukar Nama. Lihat Apa Alasan Mereka!

by Naddy Joe
March 11, 2021
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai orang memilih nama anak-anak mereka berdasarkan bunyi yang sedap didengar atau berdasarkan warisan keluarga, tetapi beberapa orang bintang K-Pop ini menukar nama sah atau legal name mereka untuk mencegah nasib buruk. Dipetik dari Koreaboo, berikut adalah 4 bintang K-Pop yang menukar legal name mereka. Stay tune guys!

Yoon Jisung (Wanna One)

Aktor, soloist, dan bekas ketua kumpulan Wanna One, Yoon Jisung menukar namanya kerana nasib yang buruk. Namanya kini apabila diterjemahkan dalam Hanja, bermaksud ‘kebijaksanaan suci’, yang kedengaran seperti nama yang mempunyai konotasi yang baik.

Tetapi sewaktu beliau dilahirkan, ibu bapanya menamakannya Yoon Byeong Ok. Dalam wawancara tahun 2019, bintang itu menjelaskan bahawa beliau menukar nama sahnya kepada Yoon Ji Sung kerana ‘perkara tidak mencarinya’ dengan nama asalnya.

Mijoo (Lovelyz)

Dalam penampilannya di radio baru-baru ini, Mijoo Lovelyz mendedahkan beliau menukar nama sahnya pada usia 26 tahun. Namanya sewaktu dia dilahirkan adalah Lee Mi Joo, diterjemahkan dalam Hanja, bermaksud ‘mutiara cantik, tetapi ibunya baru-baru ini memintanya agar mengubahnya.

Mijoo mendedahkan bahawa ibunya pergi berjumpa penilik nasib. Sewaktu perjumpaan mereka, penilik nasib itu memberitahu ibu Mijoo bahawa anak perempuannya perlu menukar namanya, kerana ia boleh membawa nasib buruk kepadanya.Hal itu menyebabkan bintang Lovelyz telah menukar namanya sebagai Lee Seung Ah, dan masih menggunakan nama Mijoo sebagai nama pentasnya.

Joohoney (MONSTA X)

Beberapa tahun yang lalu, Joohoney MONSTA X menukar English stage name beliau dari nama sahnya, Jooheon. Namun, ramai tidak mengetahui bahawa Joohoney telah menukar legal name beliau beberapa kali.

Sewaktu beliau dilahirkan, ibu bapa Joohoney menamakannya Lee Ho Joon. Namun, beliau merasakan nama tersebut membawa nasib buruk kepadanya. Jadi, sewaktu beliau di middle school, dia telah menukar namanya menjadi Lee Ji Hwan. Namun, nama tersebut masih dirasakan tidak sesuai dengannnya. Akhirnya, beliau mendapat nama yang sempurna iaitu Lee Joo Heon.

Lisa (Blackpink)

Kini dinamakan Lalisa Manoban, Lisa Blackpink dinamakan sebagai Pranpriya Manoban sewaktu beliau dilahirkan. Dari negara asal beliau dilahirkan iaitu Thailand, nama Pranpriya berasal dari dua perkataan Thailand : praan bermaksud nafas atau jiwa, dan priya yang bermaksud dikasihi.

Walaupun nama Pranpriya mungkin kedengaran indah, namun setelah berjumpa dengan penilik nasib, keluarga Lisa diberitahu bahawa nama itu membawa nasib buruk kepadanya. Hal itu menyebabkan Lisa telah menukar legal name beliau menjadi Lalisa sewaktu masih kecil, yang bermaksud orang yang dipuji.

Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem