Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Selepas 10 Tahun Bersama, Katy Perry & Orlando Bloom Berpisah- Ini Puncanya!

by Soph Azz
July 4, 2025
Share on Facebook

Selepas sepuluh tahun menjalinkan hubungan ‘on-an-off‘, penyanyi pop Katy Peryy dan aktor Orlando Bloom dilaporkan telah memilih untuk berpisah.

Berita perpisahan mereka telah disahkan oleh beberapa media utama selepas berbulan-bulan muncul beberapa spekulasi mengenai hubungan mereka sedang mengalami perubahan besar.

View this post on Instagram

A post shared by KATY PERRY (@katyperry)

Memetik beberapa kenyataan daripada media, sumber orang dalam menyatakan perpisahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah jadual yang bercanggah dan komitmen kerja yang berterusan, sehingga menimbulkan ketegangan tanpa henti dalam hubungan mereka.

Bukan itu sahaja, tiada komunikasi yang baik dari masa ke masa telah membawa kepada jarak emosi, menjadikan ia lebih sukar untuk mereka mengekalkan hubungan romantis yang sihat.

View this post on Instagram

A post shared by Orlando Bloom (@orlandobloom)

Sumber orang dalam juga mendedahkan Katy berpisah dengan Orlando demi anak perempuan mereka, Daisy. Kedua-duanya sangat mengutamakan kesihatan mental anak mereka.

Katy dan Orlando berpendapat bahawa mereka lebih memilih untuk berpisah dengan baik agar Daisy tidak membesar dengan melihat pergaduhan serta permusuhan ibu bapanya.

View this post on Instagram

A post shared by Orlando Bloom (@orlandobloom)

“Dalam beberapa situasi, mereka terpaksa mengakui bahawa lebih baik Daisy berjumpa ibu bapanya secara berasingan, supaya dia tidak membesar dengan perasaan tegang dan bermusuhan. Katy dan Orlando mahu melindungi anak perempuan mereka daripada perkara buruk. Mereka mahu mengekalkan hubungan baik mereka supaya boleh berada di sekeliling Daisy secara berasingan atau bersama-sama dengan baik.”

View this post on Instagram

A post shared by Orlando Bloom (@orlandobloom)

Untuk pengetahun kamu, hubungan Katy Perry dan Orlando Bloom bermula pada tahun 2016. Mereka berpisah pada tahun berikutnya tetapi kembali bersama tidak lama kemudian dan akhirnya bertunang pada Hari Valentine, tahun 2019. Pada tahun 2020, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Daisy Dove. Mereka sepatutnya berkahwin di Jepun tetapi wabak COVID-19 telah memaksa mereka untuk membatalkan rancangan itu.

Katy Perry Sujud Cium Tanah Lepas Balik Dari Angkasa-"Insaf, atau Ada Sesuatu Yang Disembunyikan?"
daisy dovekaty perryorlando bloom
https://lomp.at/it3pu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara