Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Menjayakan Konsert Pada April 2024 Nanti!

by Jash Lee
February 20, 2024
Share on Facebook

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2024 – Penantian peminat CNBLUE selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan persembahan di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Kehadiran CNBLUE bagi menjayakan konsert bertajuk 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, KL pada hari Sabtu, 20 April 2024 jam 8 malam adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama. CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.

Gabungan nama band dengan perkataan “identity”, CNBLUENTITY adalah untuk menggambarkan identiti trio tersebut.

Sudah pasti band ini akan memikat hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love and Can’t Stop dan banyak lagi. Selain itu, CNBLUE juga pasti akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu dendangan mereka dan beramah mesra dengan peminat setia yang digelar BOICE. Sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan bahasa lain dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.

Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama. Yonghwa melakonkan watak utama dalam drama komedi Brain Works pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lepas, manakala Jungshin memainkan peranan utama dalam komedi percintaan Sh**ting Stars pada tahun 2022.

Tiket ke 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai faedah kepada peminat akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini. Jualan tiket pelbagai faedah yang dijual dalam bentuk terhad ini boleh dibeli melalui www.ticketingtix.com pada harga berikut, tertakluk pada yuran pemprosesan RM4:

BERDIRI

• Zon BOICE – RM798
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 900 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 900 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.

DUDUK

• Zon THEN – RM698
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 100 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 100 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

• Zon NOW – RM598
(Faedah Untuk Peminat: Poster ditandatangani untuk 40 peminat, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

• Zon FOREVER – RM398
(Faedah Untuk Peminat: Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian untuk konsert itu akan disediakan dan peminat boleh membuat prapendaftaran di https://bit.ly/3UzKfCZ dengan kapasiti terhad, bermula dari 23 Februari selama tiga hari sahaja.

Pendaftar yang berjaya akan dapat mengakses prajualan tiket pada 28 Februari jam 12 tengah hari dan menerima lanyard berlamina terhad dengan pembelian tiket mereka.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) dan Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment)

CN BlueJungshinMinhyukYonghwa
https://lomp.at/ke3zh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara