Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Selepas Bergelar Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim Dilihat Bergandingan Dengan Menteri

by Phic ARMAN
September 17, 2025
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru seminggu lepas dimahkotakan Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim dah pun jadi bualan hangat lagi. Kali ini bukan sebab gaun glittery, tapi sebab dia berkongsi pentas dengan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, Menteri MITI, di Youth Empowerment Forum (YEF) 2025.

Bayangkan, dari catwalk terus ke pentas forum penuh fakta ekonomi digital, multitasking level ratu sejati! Dalam sesi Empowering Youth in the Digital Workforce tu, Chloe yang juga perunding pengurusan berusia 27 tahun dari Kuala Lumpur, bukan saja nampak yakin tapi bijak gila bila kupas topik belia, teknologi dan… empati manusia.

Memang bukan sekadar cantik luar, otak pun power! Sesi tu pula siap highlight impian negara lahirkan 60,000 jurutera di bawah National Semiconductor Strategy, cita-cita jadi Hab Generative AI menjelang 2030, dan potensi ASEAN’s DEFA yang boleh ledakkan ekonomi digital US$2 trilion. Semua ini disulam dengan pesanan padu, belia kena ada kemahiran teknologi, hati yang empati dan sentiasa rajin belajar.

View this post on Instagram

A post shared by Chloe (@chloelimsl)

Cerita Chloe ini lagi manis bila ingat balik kemenangan dia di Miss Universe Malaysia 2025 Gala Finals minggu lepas. Dalam debaran penuh glam, Chloe berjaya menewaskan 15 finalis lain bila juri sebulat suara pilih dia.

Priyaa Simmi, 30, jadi naib juara pertama, manakala model Jen Li, 28, di tempat ketiga, semua pun lawa-lawa belaka. Chloe yang bakal mewakili Malaysia ke Miss Universe ke-74 di Pak Kret, Thailand, November ni, sempat cakap,

“Dalam hidup ni memang tiada jaminan, tapi saya tahu saya dah beri yang terbaik dan langsung tak menyesal.”

Ha… jawapan ratu sejati, siap ada punchline lagi.  Dia juga janji nak terus bawa nama Malaysia sehabis baik, sambung legasi Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024, yang pernah tembus separuh akhir peringkat dunia.

Fuh, MURAI sendiri terpegun tengok perjalanan Chloe Lim ini. Dari pentas ratu cantik terus ke forum teknologi, memang luar biasa! Bukan setakat rupa yang menang, otak pun ligat sampai boleh sembang pasal AI dan ekonomi digital macam main TikTok je. MURAI rasa, kalau beginilah aura Miss Universe Malaysia 2025, memang Malaysia boleh berbangga. Chloe bukan saja wakil kita di pentas dunia nanti, tapi bukti hidup bahawa kecantikan dan kebijaksanaan boleh jalan seiring. Teruskan terbang tinggi, Chloe…

Chloe LimMiss Universe Malaysia 2025Tengku Datuk Seri Utama Zafrul
https://lomp.at/j92ns
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara