Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Selepas KLCC, Kenangan Coffee Kini Di MyTown Cheras

by Arsiqin Yusof
November 17, 2022
Share on Facebook

Kenangan Coffee yang terkenal di Indonesia, kini melebarkan sayapnya di Malaysia dengan pembukaan cawangan di KLCC dan MyTown Shopping Centre.

Semalam, Murai MY berpeluang hadir ke sesi media bersama Ketua (Head of Coffee), Mikael Jasin di Kenangan Coffee, MyTown Shopping Centre, Cheras.

Dalam sesi tersebut, Mikael menunjukkan demo membancuh kopi dengan menggunakan mesin dan biji kopi bermutu tinggi yang dikawal rapi oleh pihaknya.

Barista Ketujuh Terbaik Di Dunia

Mikael mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang pembuatan kopi dan telah memenangi Kejuaraan Barista Indonesia 2019 dan 2020. Selain itu, Mikael juga menyertai Kejuaraan Barista Dunia 2019 dan mendapat tempat keempat. Apa yang turut membanggakan, Mikael adalah Barista Terbaik yang ketujuh di dunia (World’s 7th Best Barista) pada tahun 2021.

“Untuk perjalanan saya dalam bidang ini, ia adalah satu pengembaraan yang panjang dengan pelbagai cubaan.

“Selain itu, banyak juga proses belajar tentang resipi dan kami di Kenangan sentiasa cuba untuk bergerak seiring dengan trend.

“Kami juga ada pertandingan barista secara dalaman, bukan untuk bertanding dengan sesiapa di luar sana, tapi untuk menjadikan kami versi yang lebih baik,” katanya kepada Murai MY.

Mikael Jasin & Jordan Lung (General Manager Kopi Kenangan Malaysia)

Sedikit info, Kenangan Coffee diasaskan oleh Edward Tirtanata, James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa pada tahun 2017. Ia berkembang pesat sebagai rantaian F&B baru di Indonesia dengan menggunakan mesin mesin kopi berteknologi tinggi.

Lebih Cawangan Dalam Masa Terdekat

Kenangan Coffee juga menawarkan harga-harga yang berpatutan untuk setiap pilihan kopi dalam menu mereka. Mereka juga memiliki semua cawangan kedai Kopi Kenangan di Malaysia dan Indonesia (bukan francais) bagi mengawal kualiti serta konsistensi produk dan servis yang ditawarkan.

Selepas ini, Kenangan Coffee bakal membuka lebih cawangan di Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid pada penghujung tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan kopi di Kenangan Coffee!

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kenangan Coffee
https://lomp.at/5z1oz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara