Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman berbuka puasa melalui acara ‘Taste of Tradition’ yang dikendalikan oleh Chef Ramdhan dan pasukannya yang hebat seperti Chef Hasna, Haikal, dan Raymond.

Menampilkan lebih daripada seratus hidangan tradisional Melayu, menu ini memberi penghormatan kepada resepi-resipi lama sambil mempersembahkannya dengan sentuhan kontemporari, yang dihasilkan dengan teliti menggunakan bahan-bahan tempatan yang terbaik.

Dari hidangan klasik kampung yang digemari sehinggalah intepretasi moden, setiap hidangan menerminkan warisan, kehangatan, dan rasa tradisi kulinari Malaysia yang kaya.

Antara tarikan utama yang membuatkan kami teruja untuk mencuba adalah Oyster Omelette yang sangat enak dan unik.

Bagaimana Mereka Sediakan?

Rahsia di sebalik keunikan sajian ini adalah daripada campuran adunan tepung yang digunakan untuk memberikan tekstur yang lembut di dalam dan rangup di luar.

Malah teknik masakan yang digunakan juga memainkan peranan yang penting apabila chef menggunakan minyak yang banyak dan api yangs angat panas untuk teknik stir-fry yang cepat.

Bukan itu  sahaja, tiram yang digunakan dalam sajian tersebut juga terasa sangat segar dan bersih daripada kotoran, yang membuatkan oyster omelette sangat enak untuk dinikmati ketika masih panas.

Selain daripada oyster yang mencuri perhatian, ada banyak lagi juadah yang memikat selera kami di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South. Salah satu yang wajib dicuba adalah Nasi Kerabu Chef Hasna, nasi yang berwarna biru hasil dari warna semulajadi bunga telang, dan dihidangkan bersama ulam-ulaman segar, sambal kelapa, dan kuah budu memberikan rasa masin dan umami yang kuat.

Apa yang lebih istimewa, Nasi Kerabu Chef Hasna turut dihidangkan dengan Ayam Dara Goreng Madu, Lemak Bakar, Sambal Kelapa Pandan, dan Solok Lada Muda membuatkan kami terasa seperti sedang menikmati hidangan tersebut di negeri asal, Kelantan.

Tawaran Early Bird

Jangan lupa untuk mengambil kesempatan daripada tawaran Early Bird yang berlangsung sehingga 19 Februari 2026 dengan harga RM138.00 sahaja. Tempahan boleh dibuat melalui talian  03 8682 8898, WhatsApp 03 86828800. Anda juga boleh mencari maklumat lanjut menerusi laman web marriotbonvoy.com.

View this post on Instagram

Jangan lepaskan peluang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara