Sunday, September 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Sempat Main Bola Sepak! Iko Uwais Tak Bimbang Dengan COVID-19. Ini Alasannya!!

by Phic ARMAN
March 21, 2020
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika semua orang taat terhadap perintah untuk  mengamalkan langkah Social Distancing pelakon Hollywood berasal dari Indonesia, Iko Uwais masih menjalani aktiviti harian seperti biasa dengan bermain bola sepak.

View this post on Instagram

A post shared by Iko Uwais (@iko.uwais)

Iko Uwais yang memiliki 1 Juta  pengikut di Instagram pengikut dilihat bermain bola sepak  pada hari Rabu lepas (18/3). Di ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan aktivitinya ini.

Berserah Diri Pada Tuhan

Iko bersama pelakon Hollywood dari Malaysia, Henry Golding

Seperti yang dilaporkan oleh Liputan6, Rabu (18/3), Iko ditanya mengenai apa pencegahan yang dilakukan terhadap COVID19, Iko Uwais mengaku menyerah diri kepada Tuhan.

“Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim (Tidak ada kekuatan dan upaya melainkan dengan kuasa Allah, Yang Maha Besar), itu sahaja,” kata Iko.

Walau bagaimanapun, Iko berkata bahawa itu tidak bermakna ia tidak membatasi pergaulan ketika COVID-19 sedang merebak di seluruh negara.

“Yang penting saya ikhtiar, bukan tanpa kawalan. Tetap jaga-jaga, mana yang sesuai saya akan lakukannya” lanjutnya.

Iko mengaku ramai yang mempersoalkan dia masih bermain bola sepak di saat orang ramai bimbangdengan COVID19.

“Memang ramai yang bertanya, tapi beginilah, masing-masing ada dengan ketentuan-Nya, hanya aqidah, jika diberi kesihatan yang baik, insyaallah, sehat,” kata Iko.

Lagipun, kata pelakon ‘The Raid’ ini memang bukan senang dapat berjumpa dengan kawan-kawannya.

Oleh itu, apabila ada kesempatan masa dapat bertemu kawan lama, mereka menghabiskan waktu bermain bola sepak.

“Saya berkumpul dengan sahabat lama yang boleh dikira dengan jari, inilah yang saya telah merancang sebelum pulang dari Jepun,” katanya Iko.

Menurutnya, dia sentiasa berfikiran positif dalam menangani apa-apa saja permasalahan termasuk isu COVID19.

“Positif saja, InsyaAllah, tidak ada masalah, jika fikir negatif, kita akan panik. Jangankan di luar rumah, di dalam rumah saja malah jadi sakit, sakit kerana memikir nanti,” lanjut Iko Uwais.

https://lomp.at/lezaj
Share48Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  3. 3

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem