Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Sempat Sangsi, Ini Sebabnya Kenapa Ariel NOAH Setuju Jadi “Dilan” Dalam 2 Filem Baharu

by Nurul A.
November 6, 2025
Foto - @falconpictures_ (IG)

Foto - @falconpictures_ (IG)

Share on Facebook

Syarikat penerbitan filem, Falcon Pictures telah memberi kejutan besar kepada industri perfileman Indonesia. Terbaru, syarikat penerbitan filem itu secara rasminya mengumumkan Ariel NOAH bakal memegang watak “Dilan” dalam dua filem terbaru mereka iaitu ‘Dilan ITB 1997’ dan ‘Dilan Amsterdam’.

Pengumuman ini menjadi bualan hangat kerana Ariel dianggap individu tepat untuk mewakili “Dilan” versi dewasa. Bukan apa, Ariel dikatakan memiliki karisma dan daya tarikan yang dapat mencuri perhatian ramai orang.

View this post on Instagram

Walau bagaimanapun, Ariel, atau nama sebenarnya Nazril Irham, mendedahkan pada mulanya dia berasa sedikit ragu-ragu untuk menerima dua projek filem tersebut.

“Semasa mula-mula ditawarkan watak itu, saya mengambil sedikit masa untuk menerimanya. “Dilan” memang watak yang begitu kuat, jadi saya terpaksa kuatkan hati untuk membawa watak ini. Sehingga akhirnya, saya terima projek itu.”

View this post on Instagram

“Tetapi ini adalah impian saya sejak remaja. Jadi, selepas tamat sekolah menengah, saya ingin belajar seni halus di Institut Teknologi Bandung (ITB), tetapi tidak kesampaian. Kebetulannya dalam filem ini, saya berlakon sebagai pelajar ITB, jadi impian saya secara tidak langsung telah menjadi kenyataan.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, vokalis kumpulan NOAH ini menjelaskan dia melalui proses yang panjang sebelum bersetuju untuk melakonkan watak “Dilan”.

“Jadi, saya tidak mahu hanya menjadi penyanyi dalam hidup ini. Lakonan adalah satu bidang yang perlu saya cuba selagi masih hidup,” kata Ariel ketika sidang media di pejabat Falcon Pictures di Jakarta pada Selasa (5 November).

View this post on Instagram

Sekadar info untuk kamu, Ariel NOAH pernah berlakon dalam beberapa filem sebelum ini. Dia telah membuat debut skrin besarnya dalam ‘Sang Pemimpi’ (2009), memberi kerja suara dalam ‘Jumbo’ (2025) dan menjadi bintang tetamu dalam siri ‘Tetangga Masa Gitu’ (2015).

Filem ‘Dilan ITB 1997’ dilaporkan bakal memulakan penggambaran pada Disember 2025 dan dijadualkan tayangan di pawagam pada 2026.

ariel noahdilandilan amsterdamdilan itb 1997nazril irham
https://lomp.at/1twda
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara