• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Sentiasa Lewat Ketika Penerbangan? Ini 7 Tips Untuk Perjalanan Lebih Lancar

by Aphit J.
December 25, 2020
via Ercan Travel

via Ercan Travel

Share on Facebook

Banyak perkara yang perlu diambil kira ketika hendak menaiki pesawat penerbangan ke destinasi yang ingin dituju. Kadang kala disebabkan kesilapan diri sendiri, kita berkemungkinan terlepas pesawat dan ini akan menjejaskan mood perjalanan anda.

Disini kami kongsikan tujuh tip yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda dari terlewat dan terlepas pesawat penerbangan.

Memakai Jaket Yang Bersesuaian

via Today Traveller

Menurut laman travel360, pemilihan jaket yang mempunyai pilihan poket yang banyak dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Barang barang kecil seperti dompet, telefon bimbit, pasport dan dokumen perjalanan anda boleh diletakkan di dalam jaket dengan selamatnya.

Jadi sekiranya anda memerlukan dokumen perjalanan, anda tidak perlu tercari cari di dalam beg. Malahan juga, sekiranya anda melalui pemeriksaan imigresen, anda boleh menanggalkan jaket dan memakainya semula setelah pemeriksaan tanpa perlu mengeluarkan dokumen perjalanan dan gadjet dari jaket.

Elakkan Membawa Benda Terlarang

via Daily Herald

Antara punca lewat menaiki pesawat adalah tersangkut di imigresen. Mungkin hal ini disebabkan kerana gagal mematuhi peraturan larangan barang yang dibawa ke dalam pesawat.

Perlu diingat semasa mengemas beg perjalanan anda, pastikan barang yang akan dibawa tidak menyebabkan anda sangkut yang akhirnya menyebabkan masa anda terbuang begitu sahaja.

Memastikan Dokumen Perjalanan Lengkap

via Picfair

Satu perkara yang wajib diambil tahu sebelum menaiki pesawat adalah memastikan dokumen perjalanan anda lengkap. Dokumen perjalanan yang lengkap termasuklah tiket penerbangan, boarding pass, pasport dan sebagainya.

Sekira berlakunya kesilapan di dalam dokumen perjalanan ataupun tertinggal, sudah pasti ini akan menganggu proses menaiki pesawat. Pastikan nama anda sama seperti dalam kad pengenalan dan jangan lupa memeriksa nama daripada disenarai hitamkan.

Elakkan Beratur Di Belakang Group Tour dan Keluarga Yang Ramai

via The Times

Jika anda melakukan perjalanan secara solo, elakkan beratur di belakang group tour dan keluarga yang ramai. Seperti yang dinyatakan di laman travel360, kebanyakkan daripada group tour ini mengambil masa yang lama di imigresen dan akan menyebabkan urusan perjalanan anda yang seterusnya juga lambat.

Mematuhi Peraturan Dan Penguasa Lapangan Terbang

via Market Watch

Kerana sudah terlewat, ada diantara kita yang melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan di lapangan terbang sehinggakan menjadi perhatian pihak penguasa yang bertugas.

Elakkan daripada menimbulkan isu dengan pihak penguasa kerana ini berkemungkinan akan membawa kearah yang lebih buruk sekaligus melambatkan anda. Patuhi setiap arahan pihak penguasa sekiranya anda inginkan perjalanan anda berjalan dengan lancar.

Memakai Pakaian Yang Mesra Imigresen

via TICbet

Pakaian yang sesuai dan mesra imigresen merupakan pilihan yang bijak. Laman travel360 mencadangkan supaya anda menggunakan tali pinggang dan pakaian yang mesra imigresen untuk memudahkan lagi urusan ketika pemeriksaan.

Jadi anda tidak perlu mengambil masa untuk membuka dan memakainya semula dan tindakan ini sekaligus memudahkan anda.

Memberi Perhatian Di Setiap Perubahan Info

via Ercan Travel

Salah satu lagi punca terlambat menaiki pesawat adalah tidak memberi perhatian terhadap penukaran info dan maklumat.

Pastikan anda sentiasa mengemaskini mengenai info penukaran pintu pelepasan di info board. Adakalanya penukaran ini menyebabkan anda terpaksa berjalan lebih jauh sedangkan waktu pelepasan sudah hampir.

Dengan mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini terjadi sebelum menaiki pesawat, ini akan melancarkan dan memberikan keselesaan perjalanan anda. Jadi rancanglah perjalanan dengan bijak.

https://lomp.at/vj8p8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

AirBorneo Rasmi Terbang Hari Ini, Dari Konsep Hingga Seragam Kru Kabin Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Hari ini mencatat satu lagi detik penting buat Sarawak apabila AirBorneo akhirnya berlepas secara rasmi. Tak perlu gimik besar, tak...

Read moreDetails
Lake Çıldır, Kars
Jalan-Jalan

Kars, Ağrı & Van: Lokasi Türkiye Yang Tak Ramai Singgah Padahal Cantik Gila!

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Percutian musim sejuk kini makin jadi pilihan ramai. Menurut Indeks Perjalanan Musim Sejuk Tripadvisor, 60% pelancong memang dah siap merancang...

Read moreDetails
via AI Generated
Jalan-Jalan

Kelip-Kelip Ada Di Terengganu? 5 Tempat Wajib Singgah Kalau Datang Terengganu!

by Farah Fatihah
December 27, 2025

Terengganu terus menjadi destinasi percutian pilihan ramai, terutama bagi mereka yang ingin seketika melarikan diri daripada kesibukan bandar. Keindahan pantainya...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  3. 3

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore