Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Seram! Pengarah Filem Dicakar Makhluk Halus

by Khai Azfar
October 10, 2017
Share on Facebook

Bermula 19 Oktober ini, filem seram gabungan 3 negara, Malaysia, Thailand dan China berjudul Haunted Hotel akan mula menemui penonton di pawagam berdekatan. Membariskan pelakon – pelakon terkenal seperti Sushar Manaying (Thailand), Leon Li Chuan (China), Teddy Chin, Alvin Chong dan Nadia Aqilah filem ini pastinya membuatkan bulu roma anda meremang.

Penggambaran Di Sebuah Hotel Paling Seram Di Asia

Jika bercakap mengenai hotel seram di Malaysia, ramai yang akan bercakap mengenai Amber Court, Genting Highland. Tidak hairanlah pengarah filem ini, Ryon Lee memilih Amber Court sebagai fokus utama filem ini kerana ianya begitu terkenal di China. Tambah beliau, terdapat pelancong di sana yang ingin datang ke Malaysia semata -mata ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di Amber Court.

Ryon Lee Kongsi Pengalaman Dicakar di Amber Court

Sepanjang penggambaran di Amber, krew produksi filem ini juga telah diganggu oleh makhluk halus.

Antaranya Lee sempat berkongsi pengalaman apabila terdapat kesan darah di belakang badannya yang dipercayai makhuk yang menghuni di situ. Malah tidak kurang juga ada yang melihat kelibat manusia separuh badan di balkoni salah sebuah bilik di Amber Court.

Berdasarkan Kisah Benar

Bagi mendapatkan jalan cerita yang terbaik, filem Haunted Hotel ini telah diangkat dari cerita yang sebenar. Malah bilik yang dikatakan milik seorang penghuni yang membunuh diri tidak lama dahulu, turut diselitkan dalam penggambaran filem ini.

Kisah Seram Amber Court

Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis dari China yang bernama Ling datang ke Malaysia bersama teman lelakinya atas urusan kerja. Dalam masa yang sama, merak terpaksa menginap di sebuah hotel yang berhantu.

YouTube video

Sejak menginap disitu, pelbagai kejadian misteri yang telah menganggu mereka sehingga terbongkarnya satu rahsia yang merungkai segala-galanya. Buat anda yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted Hotel yang akan berada di pawagam berhampiran tidak lama lagi.

alvin chonghaunted hotelleon li chuannadia aqilahsushar manayingteddy chin
https://lomp.at/j4uja
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara