Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Serba Baik Diterima Serba Kurang Pun Dia Gembira” – Achey Titip Ucapan Istimewa Rai Hari Lahir Isteri

Achey bertuah miliki isteri yang memahami dan setia hadapi ujian bersama di hari ulang tahun kelahirannya

by Puteri Alia
April 22, 2022
via Instagram Achey Kintang Kintung

via Instagram Achey Kintang Kintung

Share on Facebook

Umum sedia maklum pelakon dan pelawak, Achey kini berada di hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru bagi menemani ibunya yang sedang sakit.

Bertuah Miliki Isteri Yang Memahami

Walaupun Achey setia menanti laporan kesihatan ibunya di luar hospital, selebriti berbakat ini tidak lupa menitipkan ucapan sempena hari lahir isteri tercinta pada hari ini di media sosialnya.

Dalam penulisan yang ditulis, Achey mengucapkan rasa bersyukur dan bertuah kerana memiliki Anne sebagai isterinya.

Achey mendedahkan, Anne atau nama sebenarnya Nur Hasanah Yahaya memilih untuk tidak meraikan ulang tahun kelahirannya kerana menganggap ujian yang sedang mereka lalui ketika ini lebih bermakna dari meraikan hari lahirnya.

“Bismillah.. Maaf sayang tiada yang istimewa.. Syukur padamu ya Allah.. Kurniakan aku isteri yang sangat memahami setiap sudut diri aku.. Tahun ini hospital Sultanah Aminah menjadi saksi bahawa isteriku masih seperti dahulu..

Sudi tidak mengendahkan ke istimewaan dan menerima apa sahaja dugaan walaupun hari ini patut kami sambut ulang tahun kelahirannya dengan sambutan walaupun kecil..

Dia menolak kerana ujian yang kami terima ini lebih istimewa tercatat dalam sejarah ulang tahunnya.. Aku bertuah.. Serba baik diterima serba kurang pun dia gembira.. Allah.. Terima kasih hadirkan dia untuk aku..

Terkadang fikir layak ke aku terima semua ketenangan yang ada pada dia.. Dia isteri hebat ku @anne_achey SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG” tulis Achey

via Instagram Achey Kintang Kintung

Rakan Selebriti Dan Peminat Titip Ucapan

Melihat muatnaik Achey di media sosial itu, ramai rakan kenalan, selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah dan doa buat isteri pelawak tersebut sempena hari lahirnya pada hari ini.

“Selamat hari lahir @anne_achey .. Moga perkahwinan ini terus dalam lindungan Allah”

“Selamat hari lahir @anne_achey”

“Selamat hari lahir kak Anne!” ucap rakan selebriti dan kenalan

via Instagram Achey Kintang Kintung

“Semoga Allah memberkati hubungan abang @acheykintangkintung dan kak @anne_achey hingga jannah.. Selamat hari lahir kak @anne_achey”

“Selamat hari lahir @anne_achey .. Semoga di permudahkan segala urusan ibu @acheykintangkintung”

“Semoga panjang umur dan sentiasa senyum selalu @anne_achey” komen peminat

Terdahulu, Achey telah menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz sebagai hadiah ulang tahun kelahiran yang ke-32 untuk isterinya pada bulan Mac lalu.

[VIDEO] Gelagat Anak Achey Menangis Salam Raya, Raih Perhatian!-"Suruh Minta Maaf Menjerit Pula Dia Hahaha"
achey
https://lomp.at/ldmvz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Rayqal Yang Ke-17-“Semoga Allah Bimbing Langkahmu..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon, Nora Danish menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini sudah memasuki usia...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore