• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Serina Ingin Berkahwin, Chef Wan Dedah Sudah Jumpa Bakal Menantu

by Khai Azfar
March 16, 2021
Share on Facebook

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya yang juga pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan telah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumahtangganya yang kedua.

Sudah Bertemu Bakal Menantu

Menerusi pendedahan panjang sebanyak 3 hantaran di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan bahawa dia sudah bertemu dengan bakal menantu nya itu yang merupakan seorang pegawai polis selepas Serina ingin melangsungkan perkahwinan mereka sebelum hari raya.

“Dia kata “Papa saya dah bertemu dengan lelaki yang baik, kami sudah mengenali satu sama lain selama hampir setahun. Sekiranya boleh, saya ingin menikah sebelum hari raya puasa. Boleh tak kami berdua bertemu dengan papa?”

“Jadi dua hari lalu mereka datang. Secara neutralnya sebagai bakal bapa mentua saya ada banyak soalan terutamanya selapas peristiwa teruk yang berlaku pada perkahwinan pertama anak saya di mana dia tidak mahu mendengar nasihat saya dan teruskan dengan perangai sombongnya”

“Jadi kali ini saya perlu lebih berhati-hati. Pengalaman lalu masih lagi menghantui saya. Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang bangs*t, itu sebab nak lepaskan Serina. Malam nikah itu saya sebak kerana saya tahu jodohnya tidak akan bertahan lama,” kongsinya.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Enggan Serina Bersedih Lagi

Jelas Chef Wan, tujuan dia ingin bertemu dengan lelaki tersebut kerana enggan anak kesayangannya itu menemui kegagalan dalam hubungan sebagai suami isteri seperti perkahwinannya terdahulu.

Bagaimanapun, chef popular ini berkata lelaki tersebut seorang yang baik namun dalam masa yang sama menasihati mereka agar tidak terburu-buru untuk berkahwin.

 “Sabar lah dahulu jika nak kawin pun dan ambil masa untuk lebih mengenali antra satu sama lain. Zaman kini anak muda nak kawin macam kacang putih. Lepas tu tak suka, bercerai macam tukar pakaian isteri itu”

“Yang menangung segala drama, malu adalah ibu bapa. Duit kita dah lah habis kawin kan baik-baik tapi luncai akhirnya. Itu sebab saya kurang bersetuju nak kawin sebelum raya!”

“Jadi belajar bersabar kamu berdua dan ambil masa. Jangan ingat gatal nak kawin tapi tak fikir apa yang saya telah nasihat kan tadi. Kita semua ada kekurangan” tulisnya lagi

Sebelum ini, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Januari 2010 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.

Kebenaran Terbukti! Chef Wan & Serina Menang Kes Fitnah Termasuk Tuduhan Pedofilia
chef wanserina redzuawan
https://lomp.at/4cgrd
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore