Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Sering Mencetuskan Kontroversi, Kenali Gus Miftah Yang Menghina Penjual Teh

by Aphit J.
December 8, 2024
Share on Facebook

Sebelum ini kecoh di platform media sosial baru-baru ini mengenai sikap penceramah bebas, Miftah Maulana Habiburrahman atau dikenali sebagai Gus Miftah, yang juga berperanan sebagai Utusan Khusus Presiden.

Disifatkan Seorang Yang Angkuh Dan Biadab

Dia disifatkan sebagai seorang yang angkuh dan biadab selepas sebuah video tular menunjukkan dia memalukan seorang penjual air teh di sebuah majlis.

Video tersebut mencetuskan kemarahan netizen apabila Gus Miftah menghina penjual minuman tersebut dengan kata-kata kasar dan merendahkannya di khalayak ramai.

Menurut laporan di laman eCentral, nama sebenar Gus Miftah ialah Miftah Maulana Habiburrahman, yang dilahirkan pada 5 Ogos 1981 di Lampung, Indonesia.

Dia dikenali sebagai keturunan ke-9 Kiai Ageng Hasan Besari, seorang tokoh yang mendirikan Pondok Pesantren Tegalsari di Ponorogo.

Sering Mencetuskan Kontroversi

via Berita Harian

Selain itu, Gus Miftah juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang fokus kepada golongan terpinggir, dan dia mengasaskan Pondok Pesantren Ora Aji di Sleman pada tahun 2011 untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin mendalami agama Islam.

Namun, Gus Miftah juga sering mencetuskan kontroversi dengan dakwahnya yang tidak konvensional, terutama apabila dia berdakwah di kelab malam, salon yang dianggap tidak sesuai oleh segelintir pihak.

Meski begitu, dia tetap dikenali oleh banyak masyarakat Indonesia, terutama mereka yang menghargai pendekatannya dalam menyebarkan agama kepada golongan yang terpinggir.

Berjaya Membimbing Selebriti

via Promedia

Pada tahun 2024, dia dilantik sebagai Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan, membuktikan kepercayaan pemerintah terhadap peranannya dalam mempromosikan toleransi dan keharmonian agama.

Sepanjang kerjayanya, dia telah membimbing ramai selebriti untuk mendekati agama Islam, termasuk membantu Deddy Corbuzier memeluk Islam pada tahun 2019.

Dengan gaya penyampaian yang dinamik dan pendekatan unik, Gus Miftah terus menjadi tokoh penting dalam dunia dakwah Indonesia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gus Miftah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara