Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Setiap Malam Makan Aiskrim”- Fattah Amin Dedah Punca Semakin Berisi

by Khai Azfar
August 26, 2020
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertama nya, pelakon Fattah Amin mendedahkan dia dan isteri yang juga pelakon dan penyanyi Nur Fazura telah membuat persiapan awal terutama berkaitan mental demi menjaga anak mereka kelak.

Dapatkan Tips Dari Keluarga & Rakan 

Menurut Fattah, dia banyak mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta turut mempelajari beberapa tips untuk menjadi ibu bapa yang baik menerusi carian internet.

“Kalau ikutkan persediaan, kami buat adalah mendapatkan ilmu-ilmu, bertanyakan kepada keluarga dan kawan-kawan, carian internet. Tetapi kebanyakannya, apa yang mereka nasihatkan semuanya sama iaitu selamat berjaga malam” kata Fattah sambil berseloroh.

Tidak Sedar Semakin Berisi 

Ketika ditanya mengenai fizikalnya sebelum ini yang kelihatan agak berisi, Fattah tidak menafikannya dan turut mendedahkan punca pengambilan pencuci mulut seperti aiskrim dan coklat pada waktu malam sebagai punca.

Bagaimanapun, pelakon drama Pink Smile ini  juga tidak menolak ianya merupakan ‘pembawakan’ disebabkan isterinya yang hamil.

“Itu sebenarnya saya tidak sedar. Semasa PKP dan juga bulan puasa, hampir setiap malam saya akan makan aiskrim, coklat dan kek. Lepas habis kuarantin dan boleh start shooting, muka saya kelihatan bulat dalam TV. Saya pun terkejut, ‘Ya Allah apasal jadi macam ini’, Lepas itu baru saya teringat sebab masa kuarantin hampir setiap hari saya makan makanan manis.

Mungkin betul apa yang orang cakap, benda-benda seperti itulah pembawakan suami. Mula-mula saya pun tak percaya sebab saya rasa okay je. Fazura pula tidak mengalami sebarang alahan termasuk saya. Cuma benda ini sahaja yang saya tak sedar sampai muka pun jadi bulat” katanya ketika ditemui Murai.my

Bakal Tampil Dengan Genre Baharu 

Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya berjudul Bebas. Biarpun sudah lama dilancarkan namun menurut Fattah peluang ini digunakan sebaiknya untuk mempromosikan lagunya kerana jadual promosi terkesan akibat penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan negara berada dalam keadaan PKP.

“Sebenarnya lagu ini telah dilancarkan sebelum kuarantin tempoh hari. Selepas itu, promosi lagu ini terganggu tetapi saya tetap lancarkan menerusi platform digital kerana kita tak boleh nak paksa dari segi promosi sangat. Ini merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu Bebas secara live,” katanya.

Jelas Fattah lagi, memandangkan Bebas merupakan single nya yang kelima, dia tidak menolak untuk menghasilkan sebuah album mini. Malah, dia kini sedang merakam sebuah lagi single yang mana baginya ianya merupakan sebuah genre yang terbaharu untuk dicubanya.

“Sekarang ini saya sedang sibuk untuk keluarkan single yang seterusnya. Apa yang saya boleh cakap, lagu ini genre nya saya tidak pernah mencubanya lagi dan ianya berkenaan diri saya. Lagu ini juga merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dan akan diperdengarkan dalam bulan ini ataupun bulan hadapan,” dedahnya lagi.

Fattah ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa yang mana Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Fazura Skincare.

[VIDEO] "Kalau Fattah Amin & Amira Othman Menikah, Aku Akan Datang"-Rossa
fattah aminfattah amin gemuk
https://lomp.at/0rinr
Share54Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara