Setelah sekian lama pelakon Fattah Amin tidak muncul dalam drama di siaran TV3, kini Fattah bakal muncul dalam drama baharunya berjudul Pink Smile.

Menu Inspirasi Senyuman Sweet 

Merupakan sebuah drama romantik, Fattah akan bergandingan dengan beberapa pelakon pelakon popular seperti Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir,dan ramai lagi. Menerusi edaran kepada pihak Murai.my, difahamkan terdapat beberapa fakta menarik mengenai drama ini.

Siapa sangka ciri-ciri istimewa seseorang mampu menjadi inspirasi kepada yang lain kerana itulah karenah Fattah yang dikatakan telah mencipta sebuah menu pencuci mulut di kafe miliknya. Menariknya lagi ianya diinspirasikan daripada senyuman Sweet Qismina sendiri.

Bukan itu sahaja, kafe Duncan Cafe milik Fattah ini akan mula dibuka untuk orang ramai pada 31 Julai dan bakal ditayangkan dalam drama Lestary: Pink Smile di TV3.

IKLAN

Sinopsis Pink Smile

Pink Smile ini adalah kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga mengusahakan kafe Duncan Cafe.

Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna.

Drama Lestary: Pink Smile akan bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat mulai 31 Julai, pada pukul 9.00 malam.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry