• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

“Setiap Tahun Ada Kejutan”- Shuib Enggan Tamak Terima Peluang

by Khai Azfar
July 28, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad mencuri perhatian ramai sejak awal tahun ini. Bukan sahaja kerana karier nya, malah perniagaan yang diusahakan Shuib iaitu Bubble Bee juga telah mencetuskan fenomena nya tersendiri.

Tampil Beberapa Projek Baharu

Menurut Shuib, dia sememangya sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk beberapa tahun dan tidak menolak sekiranya ada beranggapan akan ada kejutan dari pihaknya sendiri.

Ketika ditemui Murai.my, Shuib juga mendedahkan akan tampil dengan beberapa projek yang lain termasuklah tampil dengan dua single duet. Istimewanya kali ini, Shuib bukan sahaja akan berkolaborasi bersama isterinya, Siti Sarah malah akan turut berduet dengan dua lagi penyanyi popular yang mana akan diumumkan pada hari ini (Selasa).

“Itulah menjadi Shuib ini kadang-kadang dia sendiri pun tak tau nak jadi apa.Saya menerima segala rezeki dan ketetapan yang Allah SWT bagi pada saya. Tapi dalam masa yang sama, saya ada letak had juga. Kalau ambil semua nanti kelam kabut pula, berciciran. Pendek kata saya tidak tamak. Benda yang saya rasa sesuai dan kena dengan timing apa semua, saya akan ambil.

Sebagai contoh, lagu. Saya memang suka dan boleh main.Filem juga saya suka dan yang terbaru filem lakonan saya, Abang Long Fadil 3 pun dah nak keluar.

“Setiap tahun saya ada banyak kejutan. Tahun ini paling kejutan. Saya orang yang tak reti duduk diam. Saya sentiasa ada planning ke depan untuk apa yang saya ingin buat. Saya tak nak biarkan hidup saya seperti kapal di tengah laut yang tanpa tujuan. Tahun depan pun saya ada 2-3 lagi projek besar yang saya nak buat, Penuh kejutan!” katanya kepada Murai.my

Baby Annamoi Pemilik 5 Cawangan Bubble Bee

Dalam pelancaran cawangan terbaru Bubble Bee, Shuib turut memperkenalkan pemilik lima cawangan jenama minuman dan manisan yang dimilikinya, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi atau lebih dikenali sebagai Baby Annamoi.

Menurut Baby, dia sudah lama mengenali Shuib ketika menjalankan perniagaan spa dari situ dia melihat potensi Bubble Bee di Shah Alam sekaligus menyatakan keinginannya untuk membuka lima cawangan jenama ini.

“Sebelum ini saya sudah memiliki beberapa perniagaan seperti perabot dan spa. Kemudian saya ambil keputusan untuk menjalankan pula perniagaan BubbleBee ini.

“Saya rancang untuk membuka lima rangkaian dan kini sudah buka tiga iaitu di Sentul, Ampang dan Senawang. Untuk dua rangkaian lagi saya akan buka di Putrajaya dan Sungai Buloh,”

“memang perlukan modal yang besar. Tapi saya percaya dengan pembukaan lima cawangan ini, sedikit sebanyak akan dapat balik modal tersebut dengan kadar segera” ujarnya ketika ditemui Murai.my semasa majlis pelancaran kedai Bubble Bee yang berlangsung di Ampang baru-baru ini.

Untuk rekod, Shuib kini sudah memiliki lapan cawangan Bubble Bee dan akan membuka beberapa cawangan lain di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

bubblebeeShuib Sepahtu
https://lomp.at/voeqs
Share11Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - EduBestari
Berita

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

by Nurul A.
February 4, 2026

MURAI percaya ramai yang ternanti-nantikan pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) oleh pihak kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore