Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Perjalanan KL-London Dengan AirAsia X Dijangka 16 Jam?

by Phic ARMAN
February 10, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita menarik untuk peminat AirAsia X! Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh Malaysia ini dijangka secara rasmi mengumumkan kembalinya penerbangan ke United Kingdom pada hari Rabu ini (12 Februari 20260. Berbeza dengan operasi sebelum ini yang nonstop menggunakan Airbus A340-300, penerbangan kali ini akan menggunakan Airbus A330 dengan persinggahan di Bahrain sebelum tiba di London Gatwick.

MURAI kini sedang berada di Bahrain, menantikan pengumuman penting daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes sendiri. Suasana di sini penuh dengan jangkaan, lebih-lebih lagi selepas Tony berkongsi IG Story tentang London, menimbulkan spekulasi bahawa sesuatu yang besar bakal diumumkan.

Ini jelas menunjukkan komitmen AirAsia X untuk mengukuhkan semula operasi mereka ke UK selepas laluan nonstop dari Kuala Lumpur ke London Stansted antara 2009 dan 2011 dihentikan pada 2012, dan destinasi Gatwick ditamatkan beberapa tahun kemudian.

Penerbangan baru ini dijangka bermula pada akhir Jun 2026, dengan Bahrain menjadi stesen baru dalam rangkaian AirAsia X. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gatwick melalui Bahrain adalah lebih 11,000 kilometer setiap hala, dan pesawat A330-300 dengan kapasiti 377 tempat duduk memerlukan persinggahan ini kerana tidak mempunyai jarak penerbangan mencukupi untuk nonstop ke London.

Menurut sumber Simple Flying, penerbangan ke London dijangka akan dijalankan sebagai perjalanan satu hentian dengan masa keseluruhan sekitar 16 jam 25 minit, termasuk sekitar 1 jam 45 minit waktu transit di Bahrain sebelum sambungan ke destinasi akhir di UK

Topik Berkaitan Rita Sosilawati Kena Tahan Di 'Airport' London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Seperti konsep kebanyakan syarikat penerbangan bajet, tiket asas hanya termasuk tempat duduk dan 7kg bag tangan, manakala perkhidmatan tambahan seperti bagasi, makanan, hiburan dan pilihan tempat duduk dikenakan bayaran tambahan. Ini membolehkan penumpang memilih perkhidmatan mengikut keperluan masing-masing, dan walaupun jumlah akhir mungkin hampir sama dengan airline full-service, fleksibiliti tetap menjadi kelebihan.

MURAI akan terus mengemas kini perkembangan dari Bahrain sebaik pengumuman rasmi dibuat oleh Tony Fernandes. Dengan hint di IG Story dan kehadiran MURAI di lokasi, langkah AirAsia X ke Gatwick ini nampaknya bukan sahaja kembalinya ke UK, tetapi juga pembukaan strategi rangkaian antarabangsa baharu yang lebih terancang dan menarik perhatian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasia xLondonTony Fernandes
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

5 Tarikan Terbaharu Di Renaissance Johor Bahru, Arca Ikonik ‘R’ Hingga Koktel Eksklusif!

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau anda fikir Renaissance Johor Bahru Hotel hanya menawarkan penginapan mewah, sebenarnya ada beberapa tarikan baharu yang boleh diterokai. Menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
LifeXplore

Getha Cipta Kelainan, Tilam Kahwin Diiktiraf Malaysia Book Of Records

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Siapa sangka tilam yang selama ini dianggap kelengkapan asas bilik tidur kini boleh menjadi sebahagian daripada kenangan perkahwinan? Getha tampil...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Pertama ASAI Di Malaysia Kini Dibuka, Tak Jauh Pun Dari KLIA

by Phic ARMAN
October 11, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi untuk healing tanpa perlu memandu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, mungkin ini boleh masuk dalam...

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Ke Negara Sejuk? Ini 5 Cara Maksimumkan Penggunaan HEATTECH

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara