Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Shah Rukh Khan Kenakan 2 Syarat Ini Jika Aryan Khan Mahu Mengambilnya Berlakon

by Nurul A.
November 7, 2025
Foto - @iamsrk (IG)

Foto - @iamsrk (IG)

Share on Facebook

King of Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi mengadakan sesi soal jawab interaktif iaitu #AskSRK di platform X. Dalam sesi yang dinanti-nantikan oleh peminatnya, aktor itu telah menjawab pelbagai soalan dengan kecerdasan dan jenakanya.

Salah satu soalan yang menarik perhatian MURAI adalah seorang peminat bertanya kepada Shah Rukh jika dia dan peminat lain berpeluang untuk melihat King of Bollywood itu berlakon di bawah filem arahan anaknya, Aryan Khan.

View this post on Instagram

Tidak melepaskan peluang, Shah Rukh secara berseloroh membalas soalan tersebut dengan menyatakan dua syarat yang bakal dia kenakan kepada Aryan jika mahu mengambilnya berlakon di bawah filem arahannya.

“Kalau dia mampu bayar saya! Dan amukan saya.”

Foto – @iamsrk (X)

Tidak berhenti di situ, peminat lain turut meminta Shah Rukh untuk menyampaikan mesej kepada Aryan untuk segera membuat sekuel siri arahan sulungnya, ‘The Ba***ds of Bollywood’. Mendengarkan permintaan tersebut, Shah Rukh menyatakan anaknya mungkin bersedia untuk lakukan sekuel siri itu.

“Sukar untuk menyuruh anak sendiri melakukan sesuatu. Tetapi saya pasti dia sedang bersedia untuk itu.”

Foto – @iamsrk (X)

Untuk pengetahuan semua, ‘The Ba***ds of Bollywood‘ ialah filem sulung arahan Aryan Khan, yang ditayangkan pada 18 September 2025. Siri ini serta-merta menarik perhatian umum dan mendapat sambutan positif daripada penonton, selebriti Bollywood dan rakan industri.

View this post on Instagram

Filem ‘Ba***ds of Bollywood‘ menampilkan bintang besar seperti Bobby Deol, Lakshya, Sehar Bamba, Manoj Bawa, Mona Singh, Manish Chaudhari, Raghav Juyal, Anya Singh dan Gautami Kapoor.

Filem ini turut diserikan penampilan istimewa daripada pelakon Salman Khan, Karan Johar dan Ranveer Singh. Projek ini diusahakan oleh Aryan Khan bersama Bilal Siddiqui dan Manav Chauhan.

Kongsikan dengan MURAI jika kamu sudah menonton filem pertama Aryan Khan…

'King' Shah Rukh Khan Tiru Penampilan Brad Pitt Dalam 'F1: The Movie'?
aryan khanshah rukhshah rukh khanSRKthe bad***ds of bollywood
https://lomp.at/ooe3f
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara