• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

by Puteri Alia
March 22, 2023
Share on Facebook

Wanita yang memiliki suami, anak, rumah tangga aman bahagia, sihat tubuh badan dan harta secukupnya, ia adalah nikmat tidak terhingga.

Ibarat telah mendapat syurga di dunia, maka bersyukurlah kepada Allah SWT jika kita tergolong dalam kategori wanita bertuah seperti itu.

Namun ada juga wanita yang tidak mempunyai nasib yang baik. Mungkin mereka dikurniakan suami kacak, baik, berkerjaya bagus, berharta dan agamanya terjaga, tetapi sukar menerima pujian atau belaian kasih sayang daripada sang suami juga pasti tidak disenangi para isteri.

Bagi seorang wanita bila yang bergelar isteri tiada apa yang diharapkannya melainkan mendapat kasih sayang dari suami. Dalam masa yang sama, si isteri juga mahu dirinya rasa dihargai. Bukan setakat hulurkan wang ringgit tetapi usaha untuk bantu melakukan kerja rumah, jaga anak pun dah boleh menggembirakan isteri.

Walaupun begitu, ada juga suami yang masih belum memahami. Mereka anggap cukup bagi nafkah dah memadai dan urusan menguruskan anak, keluarga dan sebagainya terletak pada isteri.

Sebenarnya dalam rumah tangga, ‘give and take’ sangat penting. Suami dan isteri harus menghargai setiap pengorbanan bagi memastikan hubungan sentiasa harmoni. Sesekali apa salahnya melakukan kejutan kerana ia boleh mengeratkan hubungan. Selain itu, ciuman di dahi isteri boleh menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya.

Sekiranya masih tak pasti cara yang sesuai untuk menghargai isteri, berikut antara tip yang suami bolen lakukan dan semestinya si isteri akan tersenyum serta rasa bertuah.

Berbahas soal puji-memuji, jarang sekali kita melihat bekas pasangan suami isteri yang telah berpisah mempunyai hubungan yang baik serta saling menghormati antara satu sama lain.

Hal yang demikian kerana, selepas berlakunya penceraian kebanyakkan akan lebih menarik muka dan bercakap yang tidak baik mengenai kelemahan bekas pasangan masing-masing.

"Kita Duda Tapi Tak Desperate"- Sharnaaz Ahmad 'Sound' Golongan Duda Ikuti Trend Jamilah

Namun tidak pula apa yang terjadi kepada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila ini.

Sharnaaz dan Nabila ini seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah untuk berhubung terutamanya soal anak mereka, Jebat Jayden meskipun sudah lama berpisah.

Mengetahui bahawa Sharnaaz mempunyai wajah yang bengis dan garang, namun rata-rata netizen tetap memuji sikap aktor ini kerana dia terlihat bertanggungjawab menguruskan anaknya itu meskipun tinggal di rumah bekas isterinya itu.

Malah, pelakon ini tidak pernah lekang di bibir memuji-muji bekas isterinya itu bijak dalam mendidik anak mereka.

Baru-baru ini, Sharnaaz ada berkongsi video dia bersama bekas keluarga kecilnya itu memasak bersama-sama menerusi laman Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Sharnaaz dan Nabila dapat disatukan kembali serta memuji mereka sebagai pasangan ibu-bapa yang terbaik.

“Untuk saya yang single…dan yang sebelah ni kena tanya dia…” – kata Shaarnaaz

Terdahulu menurut sumber, status rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.

Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Bagaimanapun sehingga kini kesahihan mengenai status terkini Nabila belum dapat di kenal pasti.

Apa-apa pun sebagai ibu bapa, kita harus menunjukkan teladan yang baik buat anak-anak meskipun jodoh tidak berpanjangan namun jangan biarkan anak-anak membesar dengan kurangnya kasih sayang.

Semoga hubungan yang baik ini menjadi teladan kepada ibu bapa di luar sana!

Jebat jaydennoor nabilasharnaaz ahmad
https://lomp.at/0gcvv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  5. 5

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore