Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Konsert

Sheila Majid 40 Years in Music: Konsert Paling Mega Ratu Jazz Malaysia

Satu Suara, Seribu Kenangan

by Arsiqin Yusof
July 16, 2025
Share on Facebook

Sheila Majid, nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik Nusantara, bakal kembali menggegarkan industri hiburan tanah air dengan konsert mega sempena ulang tahun ke-40 penglbatan beliau dalam seni muzik. Konsert berjudul “Sheila Majid 40 Years in Music” ini akan berlangsung pada 8 November 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur – salah satu venue dalam dewan tertutup terbesar dan paling berprestij di Malaysia!

Penganjuran ini diterajui oleh nama gah dalam industri hiburan tempatan, Altus Prohouse, bersama TopGallant Show sebagai penganjur bersama. Kredibiliti Altus Prohouse dalam menganjurkan konsert bertaraf dunia sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan konsert ini dijangka menjadi momen emas industri muzik Malaysia untuk tahun 2025!

Konsert Bukan Sekadar Tribute, Ini Adalah Sebuah Perjalanan

“Sheila Majid 40 Years in Music” bukanlah konsert tribute biasa. Ia adalah sebuah kisah perjalanan, penuh warna-warni dan kenangan manis selama empat dekad Sheila Majid mengharungi suka duka dalam industri hiburan. Tidak hanya meraikan legenda, konsert ini menjadi bukti bahawa karier seni Sheila masih subur dan terus berkembang merentasi generasi.

“Sheila bukan hanya penyanyi. Beliau adalah ikon, suara generasi dan simbol keanggunan dalam muzik,” kata Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse.

Fakta Menarik Konsert Sheila Majid 40 Years in Music

1. Konsert Solo Pertama Sheila di Axiata Arena

Akhirnya Sheila Majid akan menggegarkan Axiata Arena dalam konsert solo berskala besar . Satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna selepas 40 tahun dalam industri.

2. Pasukan Kreatif Bertaraf Antarabangsa

Dibantu oleh pasukan kreatif legenda:

  • Mac Chew – Pengarah Muzikal sejak 1987, arkitek di sebalik bunyi Sheila.
  • Jenny Chin – Kolaborator rapat dengan sinergi muzik yang luar biasa.
  • Jennifer Thompson – Pengarah konsert berprofil tinggi dengan sentuhan persembahan memukau.
  • Steve Ho – Pereka pentas dan pencahayaan terkenal, pernah bekerja dengan Jacky Cheung & Eason Chan.
Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Sejarah Terukir Dalam Industri Muzik

3. ZON PARTI Eksklusif dengan Pek Khas

Kategori eksklusif untuk peminat sejati! Menyanyi dan menari lebih dekat dengan Sheila sambil menikmati hadiah menarik dalam Party Pack Eksklusif (butiran akan diumumkan nanti!).

Harga Tiket

Jangan tunggu! Dapatkan tiket anda pada  17 Julai 2025, Jam 10 Pagi  Peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi: www.ticket2u.com.my/sheilamajid40

  • RM3,400 – PARTY ZONE
  • RM768 – VVIP
  • RM668 – VIP
  • RM568 – CAT 1
  • RM468 – CAT 2
  • RM368 – CAT 3
  • RM268 – CAT 4

Nota: Untuk pembelian tiket OKU, sila hubungi talian hotline WhatsApp: +6019-595 1931

“Ini Bukan Tentang Saya Seorang…” – Sheila Majid

“Sheila Majid 40 Years in Music” adalah penghargaan kepada semua yang telah menyokong kariernya dari peminat setia, rakan kolaborator hinggalah kepada tenaga belakang tabir yang menjadikan nama beliau harum hingga ke hari ini.

“Ini bukan hasil saya seorang. Ini adalah hasil ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang mewarnai perjalanan saya.” – Sheila Majid

Kosongkan jadual anda pada 8 November 2025. Konsert ini tidak akan diulang lagi. Ia adalah satu malam untuk merayakan bukan hanya seorang penyanyi tetapi satu era, satu legenda, satu suara yang abadi. Jangan ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah Sheila Majid 40 Years in Music.

40 tahunDato Sheila Majidkonsertlagendaratu jazz
https://lomp.at/l417l
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara