Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Shiha Zikir Mampu Kuasai 9 Bahasa, Kongsi Rahsia Jadi ‘Total Performer’

by Phic ARMAN
November 13, 2025
72
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau anda pernah tengok Shiha Zikir buat persembahan, tak kiralah di TV, majlis besar, atau acara korporat, mesti perasan satu benda, dia tak pernah tak all out atas pentas.

Ketika kami bertemu Shiha baru-baru ni, dia hadir dengan senyuman seperti biasa, tapi bila bercerita tentang dunia persembahan, matanya terus bersinar. Macam boleh nampak semangat tu keluar sendiri.

“Saya ni bukan jenis yang datang nyanyi dua lagu, lepas tu terus balik. Bila saya terima job korporat, saya anggap itu satu amanah. Klien dah bayar, jadi saya kena bagi yang terbaik, bukan untuk mereka jer, tapi untuk semua tetamu yang datang,” katanya tegas tapi lembut.

“Saya Nak Orang Datang, Rasa Seronok”

Shiha bercerita, setiap kali dapat tawaran persembahan korporat, dia akan pastikan bukan sekadar menyanyi, tapi juga berinteraksi dengan penonton. Kadang-kadang siap ajak main game, borak santai, dan hiburkan semua yang hadir.

“Saya suka tengok orang senyum, ketawa. Bila suasana dah hidup, baru rasa ‘sampai’ hiburan tu. Bukan sekadar saya berdiri nyanyi dan ucap ‘terima kasih’ je. Itu bukan gaya saya,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Nyanyi Lagu Jepun Pun ‘On’!

Bila topik beralih kepada jenis lagu yang dia bawakan, Shiha terus teruja. Rupa-rupanya, dia boleh menyanyi dalam bermacam-macam bahasa, bukan dua atau tiga, tapi sampai sembilan bahasa!

“Saya boleh nyanyi dalam Mandarin, Kantonis, Tamil, Jepun, Korea, Thai, Filipina, Sepanyol, Arab… macam-macam! Kadang-kadang bila klien minta lagu bahasa asing, saya terus cakap ‘boleh!’. Kalau tak tahu, saya akan belajar sampai betul sebutannya.”

Menurutnya lagi, kelebihan tu datang dari minat dan latihan sejak awal dia menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

“Saya belajar sebab seronok. Bila dapat pujian dari orang luar negara yang cakap sebutan saya betul, itu satu kepuasan.”

Terinspirasi Dari Dua Lagenda

Bila ditanya siapa inspirasinya, Shiha tak tunggu lama nak jawab. Dua nama terus keluar dari mulutnya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Anita Sarawak.

“Saya kagum dengan mereka. Mereka ni penghibur sejati ,versatile, bijak, dan sentiasa all out. Saya pun nak jadi macam tu, sebab tu saya tak pernah ambil mudah bila di atas pentas,” jelasnya.

Baru-baru ni, Shiha juga sempat menyanyi lagu dalam bahasa Filipina dan Thai di empat acara sempena persidangan ASEAN, dan katanya pengalaman tu memang luar biasa.

“Best gila! Walaupun penat sebab banyak show berturut-turut, tapi bila tengok orang dari pelbagai negara enjoy, terus rasa berbaloi.”

Dari Pentas Ke Dunia Bisnes

Menariknya, Shiha kini bukan sekadar penyanyi. Dia juga usahawan dan penganjur acara di bawah jenama Shiha Zikir Empire (SZE), selain menguruskan perniagaan Nasi Ayam miliknya.

“Ramai ingat saya cuma menyanyi je, tapi sebenarnya saya pun buat event. Dari opening gambit, muzik, deko dewan, semua boleh kami uruskan. Pendek kata, kalau orang nak event cantik dan proper, SZE boleh buat!” katanya dengan nada yakin.

Lagu Baru, Sentuhan Tradisional

Sebelum kami akhiri perbualan, Shiha sempat bocorkan sedikit tentang single terbarunya, sebuah lagu bergenre tradisional dengan elemen silat, yang katanya bakal keluar tak lama lagi.

“Saya nak kekalkan elemen budaya Melayu dalam karya saya. Lagu baru ni ada aura silat, semangat pahlawan, tapi dibalut dengan gaya moden. Saya rasa peminat akan suka,” ujarnya sambil tersenyum puas.

Bila berpisah dengan Shiha, satu perkara jelas, dia bukan sekadar penyanyi. Dia seorang penghibur sejati yang betul-betul faham makna memberi persembahan sepenuh hati.
Tak hairanlah kenapa setiap kali Shiha Zikir naik pentas, aura dia memang lain macam.

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia
shiha zikir
https://lomp.at/v8fac
Share29Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Foto -NESCAFÉ
Inspirasi

Program Khidmat Komuniti Di KLIA, NESCAFÉ Agih 5000 Tin Minuman Kepada Pekerja

by Nurul A.
May 13, 2026

Sempena Hari Pekerja, NESCAFÉ bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai rakan “recharge” menerusi inisiatif “Ngopi Dulu, Kekal Bersemangat...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - IKEA Malaysia
Inspirasi

30 Tahun Kenangan, 8.6 Juta Karipap– IKEA Malaysia Lakar Rekod Dengan Kudapan Kegemarannya

by Nurul A.
May 12, 2026

Bermula sebagai snek ringkas, karipap IKEA Malaysia kini menjadi kegemaran seluruh negara. IKEA Malaysia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Tropicana Twister
Inspirasi

Tropicana Twister Membina Rumah & Membuka Harapan Baru untuk Generasi Akan Datang

by Nurul A.
May 2, 2026

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara