Penyanyi Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!
Menerusi perkongsiannya di Threads, Shila mengakui dirinya kini dalam “panic mode” apabila bakal berangkat ke China bersama keluarga untuk konsertnya pada 21 haribulan ini. Apa yang buat ramai tersentuh, tahun ini Shila tidak akan menyambut Hari Raya di Malaysia, sebaliknya berada di Shanghai.
Menurut Shila, situasi itu tiba-tiba buat dia ‘terfikir panjang’, bayangkan, pagi raya nanti mungkin disambut dengan menikmati mee tarik di perantauan. Memang lain vibe dia!
Namun dalam rasa berdebar itu, Shila tetap profesional. Konsert tetap jalan, keluarga tetap dibawa bersama. Tapi seperti ibu-ibu lain, dia juga tak lari daripada rasa gementar menguruskan anak-anak ketika travel jauh.
“Tulahhhh… nervous juga bawak anak-anak ni,” kongsinya jujur.
Dalam masa sama, peminat pula sudah mula teruja, bukan saja nak tengok persembahan Shila di China, tetapi juga menantikan gelagat suaminya, Ubai, yang dijangka akan merakam vlog sepanjang mereka di sana. Ramai dah boleh bayangkan ‘content’ raya versi luar negara yang pasti rare!
Menariknya, walaupun jauh di perantauan, Shila tak lupa tradisi. Bila ditanya sama ada akan bawa baju raya atau tidak, jawabnya ringkas tapi penuh makna memang bawa!
“Baju raya memang bawak… bila lagi nak ‘kami dari perantauan ingin mengucapkan, selamat…’,” katanya berseloroh.
Nampaknya raya tahun ini buat Shila Amzah bakal jadi kenangan yang cukup berbeza antara kerjaya dan keluarga, semuanya dibawa bersama ke pentas antarabangsa. Memang lain macam raya artis kita kali ini!








