Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shuib Rakam Gambar Watie Tidur Dalam Kereta, Curi Perhatian Netizen-“Bininya Bawa Budak Tu…”

by Naddy Joe
November 10, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan usahawan, Shuib mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto yang turut memaparkan isterinya, Watie Hanifiah di media sosial, baru-baru ini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhammad menerusi hantaran di Instagram dilihat merakam gambar isterinya, Watie yang sedang tertidur di dalam kereta selain menyatakan bahawa Watie kini lebih suka duduk di kerusi penumpang dan tidur.

“Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta, sekarang dia lebih duka duduk sebelah dan tidur 😂 love you Mummy.”-kapsyen Shuib di Instagram

View this post on Instagram

“Bininya Bawak Budak Tu, Jangan Dikacau, Biarkan Dia Rehat…”

Perkongsian Shuib mencuri perhatian netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat terlelap di dalam kereta adalah nikmat bagi para ibu-ibu yang sedang hamil.

“Nikmat weyh tidur gini, mak-mak je paham 😍😍, tahniah mommy 👏👏.”

“Baby bump mummy 😍 congrates mummy to be .”

“Bininya bawa budak tu, jangan dikacau, biarkan dia rehat. Alhamdulillah 🤲 Tahniah Shuib dan Watie.”

“Semoga baby dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik ya bang Shuib.”

Terdahulu, pernah tular satu video yang memaparkan Watie sedang mendandan rambut anak tirinya, Thalita di salah sebuah hotel. Walaubagaimanapun, rata-rata netizen mula perasan dengan tubuh badan Watie yang dilihat seolah-olah sedang hamil.

Meskipun Watie tidak memberikan sebarang pengumuman mengenai status kehamilannya itu, para netizen dilihat memberikan ucapan tahniah serta doa buat Watie.

Watie sebelum ini pernah berkongsi khabar duka apabila dirinya mengalami keguguran anak sulungnya bersama Shuib pada 11 Mei 2025. Watie turut memberikan nama kepada bayi yang tidak sempat dilahirkan itu sebagai ‘Bintang’.

Sekadar info, Watie Hanifiah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, Dzhaira Thalita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka. Apa komen anda?

Disangka Dicuri, Kereta Shuib Rupanya Ditunda MBSA Kerana Parkir Salah
shuibwatie hanifiah
https://lomp.at/y2zzs
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara