Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Siapa Sebenarnya Nick Adams Yang Trump Pilih Jadi Duta Amerika Ke Malaysia? Pernah Sindir Taylor Swift?

by Phic ARMAN
July 11, 2025
Share on Facebook

Beberapa hari lepas, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum siapa calon pilihannya untuk jadi Duta Amerika ke Malaysia. Orangnya bernama Nick Adams. Kedengaran macam serius, kan? Tapi bila kita korek kisah hidup Nick, memang penuh warna-warni, ada gaduh dengan wartawan, perang dengan burung merpati, dan suka sangat dengan restoran Hooters. Cerita ini disusun berdasarkan laporan asal dari ABC News Australia, yang boleh anda baca di sini: Trump picks Nick Adams as US ambassador for Malaysia

Jom kita cerita dari mula.

Dari Budak Majlis Bandaraya Ke Panggung Dunia

Nick Adams lahir dan besar di Sydney, Australia. Waktu umur baru 19 tahun, dia dah jadi ahli majlis bandaraya Ashfield. Setahun kemudian, umur 20, terus dilantik jadi Timbalan Datuk Bandar. Boleh tahan awal dia ‘naik’, tapi idea-idea dia masa tu agak pelik juga.

Contohnya? Dia pernah cadang untuk hapus semua burung merpati di kawasan dia. Katanya burung-burung tu boleh sebar penyakit flu burung. Ramai orang gelakkan idea tu sebab pelik dan susah nak buat pun.

Ada Pergelutan Dengan Wartawan?

View this post on Instagram

A post shared by Nick Adams (@nickaone)

Lepas tu, dia makin jadi bahan bualan bila selalu ponteng mesyuarat. Bila ada wartawan datang tanya kenapa dia asyik ponteng, Nick terus naik marah dan maki wartawan tu depan kamera.

Parti dia, Parti Liberal, nak gantung dia enam bulan sebab perangai dia tu. Tapi Nick cepat-cepat letak jawatan dulu, katanya dia berhenti dengan rela.

Pindah Ke Amerika, Jadi ‘Alpha Male’

View this post on Instagram

A post shared by Nick Adams (@nickaone)

Lepas episod tu, Nick pindah ke Amerika Syarikat dan jadi warganegara sana. Kat sana, dia rebranding diri jadi penulis buku, penceramah dan influencer politik. Dia sangat kuat sokong Trump dan suka panggil dirinya seorang “alpha male”.

Kalau tengok media sosial dia, penuh dengan pujian untuk Trump, sindiran untuk selebriti-selebriti yang dia anggap “terlalu liberal” macam Taylor Swift, dan… posting tentang cinta dia pada Hooters,  restoran yang terkenal sebab pelayannya berbaju ketat dan berseluar pendek.

Dia siap buat senarai ciri-ciri ‘girlfriend material’ versi dia sendiri, antaranya, jangan menyampuk bila dia bercakap, dan mesti sokong gaya hidup alpha male dia.

Selain tu, Nick tubuhkan satu yayasan untuk ajar budak-budak Amerika tentang semangat patriotik.

Kenapa Trump Pilih Dia?

Trump puji Nick sebagai “patriot hebat” dan “usahawan berjaya”. Nick pula kata, jadi calon duta ni adalah “penghormatan terbesar” dalam hidup dia sebab dapat berbakti pada negara yang dia sayang.

Tapi, bukan semua orang setuju. Ada pakar kata gaya Nick yang suka ‘bising’ dan lantang mungkin tak sesuai dengan cara diplomasi di Asia Tenggara yang lebih sopan dan penuh sindiran halus. Malah ada yang rasa pelantikan ni macam tak serius.

Apa Akan Jadi Lepas Ni?

Pelantikan Nick masih belum rasmi sebab perlu diluluskan dulu oleh Senat Amerika. Kalau lepas, Malaysia akan dapat seorang duta yang pernah lawan burung merpati, maki wartawan, jadi influencer politik, dan… peminat nombor satu restoran Hooters.

Sama-sama kita tunggu. Harap-harap sebelum datang, sempatlah dia belajar makan nasi lemak dan faham cara orang Malaysia berbual yang lebih lembut dan penuh budi bahasa.

[VIDEO] Gelagat Trump Terkejut Disambut Dengan Tarian Kibas Rambut di UAE, Ini Cerita Di Sebaliknya
donald trumpNick Adamsrestoran Hooters
https://lomp.at/lquz6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara