Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Siapa Sangka, 10 Bintang Hollywood Ini Menjalani Puasa Ramadan

by Zaidin Albert
May 14, 2019
Share on Facebook

Umat muslim di seluruh dunia sedang menyambut dan merayakan bulan Ramadan dengan penuh bersemangat. Tak cuma anda saja, ternyata ada beberapa selebriti Hollywood yang juga ikut berpuasa di bulan suci Ramadan.

murai.my telah merangkum 10 nama artis yang bersama-sama menjalankan ibadah puasa tahun ini. Seperti yang diambil dari berbagai sumber, berikut ini adalah deretan selebriti yang secara terang-terangan mengaku beragama Islam.

Janet Jackson

View this post on Instagram

A post shared by Janet Jackson (@janetjackson)

Mungkin ramai dah tahu jika Janet Jackson adalah seorang muslim. Bahkan dia pernah bernikah nikah dengan seorang usahawan berasal dari Qatar bernama Wissam Al Mana. Di masa pernikahannya itu, Janet sempat  memakai hijab saat sedang hamil.

Younes Bendjima

Buat anda yang masih asing dengan artis Younes Bendjima, dia adalah mantan kekasih Kourtney Kardashian. Jejaka kacak berusia 26 tahun ini dengan bangga mengakui dirinya adalah seorang muslim.
Ramadan tahun lalu, dia bahkan mempamerkan dirinya saat sedang menjalani solat terawih.

Mike Tyson

Ahli tinju Mike Tyson menjadi salah satu tokoh dunia yang menjadi mualaf sejak dulu lagi. Dia memutuskan untuk menganut agama Islam saat menjadi tahanan di penjara pada tahun 1992 hingga 1995 silam.

Bella Hadid

Bertahun-tahun keliru soal agama yang dianutinya, pada tahun 2017 lalu Bella Hadid akhirnya buka mulut. Melalui sebuah wawancara dengan Independent, Bella mengatakan, “(Mohamed Hadid) adalah orang yang sangat religius, dan dia selalu berdoa bersama kami. Aku bangga menjadi seorang muslim.”

French Montana

https://www.instagram.com/p/BxJaxRLgS2e/

French Montana termasuk artis yang cukup terbuka mengaku dirinya muslim. Bahkan saat menghadiri event Met Gala 2019 tempoh hari, dia muncul dengan kostum memakai serban. Menerusi akaun Instagram-nya, dia secara terang-terangan menyambut Ramadan dengan penuh kegembiaraan.

Irrfan Khan

Foto: Hindustan Times
Aktor asal India, Irrfan Khan juga merupakan salah satu selebriti yang beragama Islam. Meskipun menempa nama di Hollywood, da tidak pernah melupakan kewajipannya untuk menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Mahershala Ali

Foto: The Undefeated
Mahershala Ali menjadi salah satu artis Hollywood yang memutuskan untuk jadi mualaf di tahun 2000 yang lalu. Bintang MOONLIGHT ini bahkan berhaya mengukir sejarah kerana menjadi orang muslim pertama yang memenangi piala Oscar.

Iman

Supermodel Iman dilahirkan dalam keluarga muslim Somalia. Dia berulang kali mengungkapkan betapa sulitnya berkarier di dunia modelling sebagai seorang muslim. Dia juga pernah menyampaikan masalah ini menerusi buku pertamanya yang bertajuk I AM IMAN.

Cat Stevens

Ahli Muzik berasal dari England, Cat Stevens sudah mengubah namanya menjadi Yusuf sejak menjadi mualaf. Di Ramadan tahun ini, dia juga menyambutnya dengan penuh suka cita. Menerusi Instagram-nya, dia menuliskan, “Salam. Semoga seluruh dunia diberkati dengan bulan yang penuh damai dan hadiah untuk mereka yang menjalankan ibadah puasa. Yusuf. #RamadanMoon.”

Ice Cube

Ice Cube adalah seorang rapper cukup terkenal di Amerika Sharikat, yang juga bermain dalam beberapa filem box office Hollywood. Jejaka dengan nama asal O’Shea Jackson ini menjadi mualaf di tahun 90-an.

Ice Cube pernah memberikan pernyataan yang menguatkan bahwa dirinya adalah seorang Muslim sejati. Dua anaknya yang terakhir diberi nama  Islam yakni Kareema dan Sharif.

Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem