Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siapakah Bekas Ratu Cantik Yang Mabuk & Tumbuk Polis? 3 Wanita Ini Jadi Bahan Netizen Buat Spekulasi

by Zaidin Albert
July 8, 2021
Share on Facebook

Hari ini kecoh di media sosial tentang penahanan seorang bekas ratu cantik Malaysia kerana disyaki mabuk ketika memandu. Malah lebih mengejutkan, bekas ratu cantik ini juga didakwa bertindak agresif sehingga menumbuk anggota polis.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak polis masih merahsikan identiti wanita ini yang kini direman selama dua hari.

Walaubagaimanapun, netizen telah membuat spekulasi dan andaian mengenai identiti bekas ratu cantik tersebut. Adakah andaian mereka tepat?

Antara bekas ratu cantik yang menjadi sebutan adalah Samantha Katie James.

Samantha Katie James – Miss Universe 2017

Rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa suspek yang memandu dalam keadaan mabuk itu adalah bekas ratu cantik Malaysia tahun 2017 iaitu Samantha.

Ini kerana, sebelum ini Samantha pernah mencetukan kontroversi menerusi sebuah video dia dalam bergaduh dalam keadaan mabuk. Samantha dilihat mabuk berdebat dengan penduduk kulit hitam di sebuah bar. Selain melontarkan kata-kata perkauman, Samantha malah melemparkan kacamata ke arah sekumpulan orang kulit hitam.

Itu cerita lama, mungkin kini Samantha tidak lagi mengulangi kesilapan yang dulu. Namun andaian netizen ini memang tidak tepat, ini kerana  menurut tinjauan kami di laman Instagram Samantha, dia aktif sejak semalam. Malah di IG Story, dia sibuk membalas pertanyaan soalan dari pengikutnya.

Kimberley Leggett- Miss Universe 2012

Foto: Instagram @coachkimleggett

Selain Samantha, bekas ratu cantik Malaysian tahun 2012 turut menjadi sebutan. Rata-rata netizen yang mengikuti Kimberley di Instagram mengetahui bahawa dia seorang pelatih kecergasan dan gemar melakukan aktiviti senaman berat. Ini menguatkan lagi andaian netizen bahawa suspek bertindak agresif sehingga menumbuk anggota polis.

Pihak polis ada menyebut usia suspek iaitu 28 tahun. Kebetulan pula, Kimberley dilahirkan pada 23 Mac 1993 dan pada tahun ini dia berusia 28 tahun.

Namun andaian netizen masih tidak tepat, ini kerana  menurut tinjauan kami di laman Instagram Kimberley, dia kini berada di Australia. Jadi memang tak masuk akal sekiranya Kimberley  di tahan oleh pihak polis hari ini.

Setakat ini, pihak polis hanya mendedahkan identiti suspek berusia 28 tahun. Mengikut senarai nama bekas ratu cantik di Malaysia, Brynn Lovett iaitu Miss World Malaysia 2015  berusia 28 tahun yang lahir pada 28 Februari 1993. Walaupun ada yang membuat andaian bahawa suspek Brynn Lovett kerana kebetulan usianya 28 tahun, namun ia tidak benar.

Menurut tinjauan Murai MY di IG Story nya, Brynn Lovett baru sahaja mendapat suntikan vaksin dos kedua pada hari ini, dan sedang berehat di rumah.

Menurut laporan dari Malaysia Gazette, dalam kejadian tersebut, wanita ini merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan pada jam 3 pagi. Setelah polis berjaya mengejar suspek, kemudian anggota keselamatan cuba melakukan tangkapan ke atas suspek namun wanita berkenaan menumbuk anggota polis.

https://lomp.at/0clwd
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore