• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Rupanya Inilah Pencipta Vaksin AstraZeneca, Semak 6 Fakta Mengenai Saintis Wanita Genius Ini

by Puteri Alia
July 21, 2021
Foto - The Higher Education

Foto - The Higher Education

Share on Facebook

Bukan mudah untuk menghasilkan vaksin yang berkesan bagi melawan penularan virus Covid-19 ini, tetapi Dame Sarah Gilbert yang merupakan saintis genius dari University of Oxford ini berjaya menghasilkan vaksin AstraZeneca bagi melawan Covid-19.

Wanita dari British bersama-sama pasukan saintis yang lain bertungkus-lumus menghasilkan vaksin yang boleh melawan virus maut ini, dan hasilnya lahirlah vaksin AstraZeneca yang mana kini diguna pakai oleh masyarakat dunia.

Ingin tahu siapakah Sarah Gilbert dengan lebih lanjut, ikuti semuanya bersama MURAI MY di bawah.

#1 Seorang Anak Yang Pintar Dan Bekerja Keras

Foto – University Of Oxford

Dipetik dari Kumparan, saintis genius yang lahir di Kettering, Northamptonshire pada bulan April 1962 ini merupakan seorang anak yang bijak dan berusaha kuat sejak dari kecil lagi.

Ayah Sarah merupakan seorang perusahaan kasut manakala ibunya pula seorang guru bahasa Inggeris dan juga merupakan salah seorang anggota opera tempatan, lahir dalam keluarga yang serba sederhana ini Sarah menyedari dirinya ingin menjadi saitis sejak dari kecil lagi.

#2 Saintis Dan Profesor Vaksinologi Di Univeristy Of Oxford

Foto – DetikCom

Sarah Gilbert bukan saja merupakan seorang saintis genius tetapi juga merupakan seorang profesor vaksinologi di University of Oxford, jadi tidak hairanlah wanita hebat ini mampu menghasilkan vaksin AstraZeneca kerana memang bidang kerjanya.

#3 Salah Seorang Pengasas Vaccitech

Foto – The Telegraph

Bukan itu saja, Sarah juga merupakan salah seorang pengasas syarikat bioteknologi terkenal iaitu Vaccitech yang kini merupakan salah satu syarikat utama bagi menghasilkan vaksin bagi penyakit berjangkit dan wabak berbahaya.

#4 Mengetuai Ujian Percubaan Vaksin Ebola

Foto – The Telegraph

Sarah juga pernah mengetuai ujian percubaan bagi vaksin Ebola bersama pasukannya pada tahun 2014 apabila wabak tersebut menyerang Afrika, bukan itu saja saintis genius ini juga terlibat sama dalam menangani wabak MERS yang menyerang wilayah Timur Tengah.

#5 Tidak Patenkan Hak Cipta Vaksin

Foto – Future Planet Capital

Pencapaian menghasilkan vaksin AstraZeneca membuatkan dirinya dikenali di seantero dunia, biasanya mana-mana saintis akan mempatenkan penyelidikan dan penemuan sebarang ubat atau vaksin yang dihasilkan.

Tetapi Sarah tidak mempatenkan hak cipta penghasilan vaksin AstraZeneca kerana tujuan dirinya menghasilkan vaksin tersebut bukan untuk mengaut keuntungan.

#6 Hampir Berhenti Jadi Saintis

Foto – mStar

Disebalik kejayaan yang dimiliki wanita genius ini, Sarah menyatakan dirinya hampir berhenti menjadi saintis kerana tidak tahan dengan suasana bersendirian dan sunyi ketika melakukan ujikaji atau penyelidikan.

Tidak seperti saintis lain yang lebih selasa dengan suasana sunyi untuk fokus dengan penyelidikan masing-masing, namun akhirnya Sarah bertahan juga dalam bidang sains dan berjaya menjadi saintis terkenal dunia.

Hebat bukan saintis genius ini?

AstraZenecaSaintisSarah Gilbert
https://lomp.at/t132h
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore