Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Siasat Dulu Sebelum Sebarkan”- Salina Saibi Bersuara Jawab Fitnah Tidak Benar Tentang Ibu

by Puteri Alia
September 28, 2022
via Instagram Salina Saibi

via Instagram Salina Saibi

46
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Salina Saibi menafi sekeras-keras dakwaan ibunya terjatuh di bilik, sehingga menyebabkan kepala berlumuran darah menerusi muatnaik yang dikongsikan aktres ini di media sosialnya.

Fitnah Tidak Benar

Gara-gara terdapat desas-desus yang mengatakan ibu kepada pelakon ini terjatuh di bilik air sehingga kepala berdarah, Salina tampil bersuara dan memuatnaik tangkap layar coretan yang ditulisnya di laman Facebook nya di Instagram.

Menurut Salina, ibunya itu dalam keadaan sihat dan dakwaan ibunya terjatuh di dalam tandas itu adalah tidak benar.

Kesal dan sedih hal sebegini terjadi pada ibunya, Salina mengimbau kembali dirinya juga pernah difitnah suatu ketika dahulu di mana terdapat berita menyebarkan bahawa dia telah meninggal dunia.

“Salam.. Untuk pengetahuan semua, mak Salina Saibi sihat walafiat.. Gosip pasal jatuh tandas sampai kepala berdarah tu semuanya FITNAH.. Dulu sebarkan Salina Saibi meninggal dunia.. Sekarang mak saya pula.. Janganlah macam tu..

Kesian mak saya.. Apa-apa terus telefon/mesej peribadi dan siasat dulu sebelum sebarkan perkara yang tidak benar.. Allahuakbar.. Sedih sangat saya dengar..” Tulisnya

via Instagram Salina Saibi

Melihat perkongsian Salina di Instagram, ramai yang memberi respon dan komen mengecam segelintir pihak yang menyebarkan berita tidak benar tentang ibu dan diri pelakon ini.

“Fitnah akhir zaman, orang-orang macam ni tak ada aktiviti nak buat. Jiwa rosak, dengki tengok orang lain tenang, bahagia. Penyakit hati.”

“Siapalah yang sanggup buat fitnah macam tu. Kenapa dia orang tak siasat dulu betul-betul?”

“Astagfirullahaladzhim” komen mereka

via Instagram Salina Saibi

“Ya Allah ada macam ni ya”

“Siapa punya kerja sebar berita palsu yang merapu macam tu.. Tak baik tau sebar berita tak betul dan main-main dengan kesakitan atau kematian. Sabarlah @_salinasaibi_ banyakkan berdoa yang baik-baik”

“MasyaAllah tak baik macam tu. Semoga mak @_salinasaibi_ sentiasa dilindungi Allah” komen mereka lagi

Perbuatan memfitnah dan menyebarkan berita palsu perlu dipandang serius! Apa pun Murai MY mendoakan Salina sekeluarga sihat dan tabah hadapi ujian seperti ini.

salina saibi
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem