Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz SuaraNETZ

Selamba Sidai Baju Tepi Jalan, Warganet Kecewa Tarikan Pelancong di Kota Lama Klang Tercemar

by Phic ARMAN
July 6, 2026
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan sekumpulan individu dipercayai warga asing yang menyidai pakaian di kawasan awam berhampiran lokasi bersejarah di Klang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang warganet berkongsi beberapa foto yang memaparkan pakaian disidai di tepi jalan berhampiran Pasar Jawa, Klang, berdekatan Stesen LRT Jambatan Kota. Keadaan itu didakwa menjejaskan pemandangan kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

Menurut individu berkenaan, dia berasa geram melihat situasi tersebut namun memilih untuk tidak bertindak sendiri atas faktor keselamatan.

“Lokasi Pasar Jawa, Klang. Berdekatan LRT Jambatan Kota. Ikut hati memang aku nak campak je tapi aku fikirkan keselamatan sebab sini bersepah warga asing. Nearby dobi yang guna warga asing.

Klang adalah Bandaraya Diraja bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), office majlis pun dekat je sini. Tapi entahlah bersepah warga asing kat sini. Nak bergaduh lebih-lebih kang tak pasal-pasal aku ke dalam, dibuang kerja macam tu sahaja sebab ada rekod. Tapi betullah, orang Malaysia terlalu baik sampai diorang pijak-pijak kita.”

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ada yang berpendapat isu tersebut sepatutnya ditangani oleh pihak berkuasa tempatan supaya kawasan awam sentiasa bersih dan teratur.

Seorang pengguna turut memberi cadangan agar pakaian yang disidai di kawasan larangan diambil oleh pihak berkuasa sebagai tindakan penguatkuasaan.

“Sebenarnya ini tugas Dewan Perbandaran… suruh pekerja-pekerja dewan bandaran kutip baju-baju tu bawa ke pejabat. Suruh dia ambil kat pejabat, serupa juga macam motor kita kena sita.”

Imej kawasan pelancongan perlu sentiasa dipelihara

Dalam masa sama, ramai meluahkan rasa kecewa memandangkan Malaysia kini sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. Mereka berpendapat imej kawasan pelancongan perlu sentiasa dipelihara kerana ia memberi gambaran pertama kepada pelawat tempatan dan luar negara.

Topik Berkaitan Syurga Bundle & Barangan Rare! The Vintage & Route 66 Di Klang Buat Ramai Rambang Mata

Untuk rekod, Klang merupakan Bandaraya Diraja Selangor yang kaya dengan sejarah serta antara bandar tertua di Malaysia. Kawasan seperti Pasar Jawa dan Kota Lama Klang sering menjadi persinggahan pelancong yang ingin menikmati warisan sejarah, seni bina lama serta budaya tempatan.

Sehubungan itu, ramai berharap semua pihak, termasuk masyarakat setempat, majikan dan pihak berkuasa, dapat memainkan peranan dalam memastikan kebersihan serta imej bandar terus terpelihara agar warisan bersejarah ini kekal menjadi kebanggaan negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
1
klangpadang jawa
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

by Nix
July 2, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang memaparkan pengalaman menikmati hidangan di atas meja yang diletakkan di dalam sungai sehingga...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mac & Cheese RM5 Rasa Mayonis? Luahan Pembeli Cetus Perdebatan Soal Keikhlasan Peniaga Pasar Malam

by Nix
June 23, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian yang mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang pembeli meluahkan rasa kecewa selepas...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

by Nix
June 24, 2026

Tular di media sosial satu perkongsian daripada seorang individu dipercayai kakitangan sebuah restoran makanan Jepun yang meluahkan rasa kecewa apabila...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Wanita ‘Sound’ McDonald’s, Dakwa Jual Kentang Putar Kulat & Berlendir

by Nurul A.
July 15, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Nor Fadzilah, mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa kecewanya dengan francais McDonald's. Menerusi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Jumpa Objek Seakan Parasit Dalam Lauk Sotong, Perkongsian Wanita Cetus Rasa Jijik

by Nix
July 2, 2026

Tular di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman yang membuatkan selera makannya hilang selepas menemui objek menyerupai parasit di dalam...

Read moreDetails
Foto - @TGTM_Official (X)
Sosial Buzz

[VIDEO] Berang Bendera Negara Tiada Di Hotel KL, Sikap Pelancong China Tuai Kecaman- “Memalukan!”

by Nurul A.
July 10, 2026

Seorang pelancong China telah tular di media sosial, apabila sebuah video yang memaparkan dirinya tidak berpuas hati apabila bendera negara...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Nak Sentuh Rambut Sebab Nak Tahu Asli Atau Tidak” — Patung Lama Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Nix
June 22, 2026

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di Thread apabila seorang wanita merakam dirinya sedang melihat koleksi patung lama yang dipamerkan di sebuah...

Read moreDetails
via Unsplash /@Kamal Hoseinianzade
Sosial Buzz

Wanita Kongsi Pengalaman Cabut Gigi, Dakwa Berlaku Komplikasi Ketika Prosedur

by Nix
June 29, 2026

Tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang disifatkannya sebagai mencemaskan selepas menjalani prosedur mencabut gigi bongsu di...

Read moreDetails
via Magnific
Sosial Buzz

Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

by Nix
June 25, 2026

Tular di media sosial apabila seorang bekas barista berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang didakwa terlalu cerewet mengenai suhu minuman yang...

Read moreDetails
via Pinterest
Sosial Buzz

Apa Jadi Pada Lauk Yang Tak Habis Dijual? Perkongsian Ini Buat Ramai Tertanya-Tanya

by Nix
June 23, 2026

Tular di media sosial apabila satu perbincangan hangat mengenai amalan pengurusan makanan di beberapa premis makan menarik perhatian ramai. Perkongsian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara