• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Tak Semestinya Kena Cantik, Baru Boleh Jadi HEROIN’- Penerbit

by Zaidin Albert
October 20, 2022
Share on Facebook

Menganggap soal cantik itu adalah subjektif, penerbit eksekutif filem SIKU 12, Mohd Hafiz Mohd Nafiah bagaimanapun percaya, bakat sepatutnya menjadi keutamaan buat semua pengamal industri kreatif. Hafiz memberi contoh filem antarabangsa terkenal yang tidak memilih heroin atau pelakon wanita utama yang cantik, namun mempunyai bakat yang mengagumkan.

https://www.tiktok.com/@muraiofficial/video/7156825402432883969?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7156825402432883969&lang=en

Hafiz berkata, pemilihan barisan pelakon filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd tidak berdasarkan popularitu ataupun mempunyai  jumlah pengikut  yang ramai di sosial media. Kebanyakkan baris pelakon yang dipilih oleh pengarah dipersetujui oleh pihak penerbit kerana mampu membawa watak dan berbakat

“Tak semestinya perlu ada paras rupa yang cantik, baru boleh jadi Heroin. Seperti pelakon wanita dalam filem ini, Moon, rasanya ramai tak kenal dia, tapi kita setuju ambil dia, sebab kita tahu hasil lakonannya bagus dan boleh berbahasa Thailand dengan baik. Dalam skrip pun memang memerlukan pelakon wanita berbahasa Thailand”- katanya ketika ditemui di Majlis pratonton filem Siku 12: Langkah Derhaka di GSC Starling Mall Damansara pada Selasa lalu.

Syafiq Kyle Bersama Pelakon Wanita, Moon Dalam filem Siku 12

“Kalau kita tengok filem luar pun, kita pun tak kenal siapa heroin yang berlakon, ada yang tak cantik pun tapi pegang watak utama. Lakonan ‘class’, itu yang kita mahukan. Kita memang nak ubah persepsi masyarakat di luar sana yang terpengaruh dengan benda-benda macam ni”- tegasnya lagi.

Filem Siku 12 ini bergenre aksi arahan Azhari Zain menggandingkan dua aktor popular, Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama. Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Menurut Hafiz, filem yang menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu menjalani penggambaran pada 2019.

“Penggambaran filem bermula pada Oktober 2019 membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. Namun, filem Siku 12 hanya siap sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini. Ia membabitkan lokasi penggambaran di Pendang dan Alor Star, Kedah,” katanya.

Berkongsi cabaran merealisasikan filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem berkenaan pada saat akhir.

“Saya terima tawaran daripada rakan penerbit, Mohamad Pozi Mansor untuk mengambil alih projek filem ini bukan atas dasar persahabatan semata-mata. Sebaliknya, saya percaya filem Siku 12 ini mempunyai potensi untuk diketengahkan termasuk ke peringkat antarabangsa. Filem Siku 12 mengetengahkan ilmu persilatan seni silat tua Melayu iaitu permainan 12,” katanya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.

YouTube video
Mohd Hafiz Mohd NafiahSiku 12
https://lomp.at/ktsyc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore