Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Sila-Sila Ke Melaka” – Lagu Baharu Siti Halijah Angkat Semangat Pelancongan Melaka

by Aphit J.
May 24, 2025
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berbakat dari Melaka, Siti Halijah, kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbarunya berjudul Sila-Sila Ke Melaka.

Bukanlah Nama Baharu Dalam Industri

Lagu ini mendapat sentuhan sepenuhnya daripada komposer tempatan, Anwar Jaapar atau lebih dikenali sebagai Cik Mai, yang turut berasal dari negeri bersejarah ini.

Siti Halijah bukanlah nama baharu dalam dunia hiburan. Beliau pernah aktif sebagai ahli kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan menyertai Pertandingan Idola Bandaraya Antara Bandaraya Se-Malaysia pada tahun 2011.

Antara pencapaian terdahulunya termasuklah kolaborasi dengan Ratu Irama Tradisional, Noraniza Idris menerusi lagu raya Cinta Lebaran, ketika bersama Kumpulan Akasia.

Merakam Secara Profesional

via Opie Sofia & Kikie Carla

Lagu Sila-Sila Ke Melaka sebenarnya pernah dipersembahkan oleh Siti dalam pertandingan Idola Bandaraya, di mana ia berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi Anugerah Lagu Terbaik PBT Se-Malaysia.

Melihat kepada sambutan dan impaknya, Siti dan Anwar Jaapar sepakat untuk merakamkan semula lagu ini secara profesional dan melancarkannya ke pasaran digital.

Menurut Siti Halijah, lagu ini membawa mesej yang kuat mengenai pelancongan dan keunikan Melaka.

Dengan susunan muzik baharu oleh Amy Bong dan lirik bertemakan kepahlawanan seperti “Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat”, lagu ini meraikan warisan sejarah Melaka yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Bertepatan Dengan Tahun Melawat Malaysia 2025

Lagu ini diterbitkan oleh Luncai Emas yang turut bertindak sebagai pengedar digital dan pemegang hak cipta.

Klip video rasmi telah dilancarkan di saluran YouTube Luncai Emas, manakala audio boleh distrim di semua platform digital.

Pelancaran Sila-Sila Ke Melaka dilihat bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2025 yang bakal berlangsung di Melaka.

Lagu ini diharap dapat menjadi medium promosi berkesan serta diterima baik oleh rakyat Malaysia dan pihak media. Mana lagi? Melaka ler!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Luncai EmasSiti Halijah
Share19Tweet12SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara