Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

SimplySiti Mohon Maaf, Tiada Niat Tiru Bungkusan Produk Tisu Kayman Beauty

Syarikat kosmetik milik penyanyi tersohor negara itu telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf

by Puteri Alia
November 24, 2021
Foto - Instagram @officialsimplysiti / @kaymanbeautyhq

Foto - Instagram @officialsimplysiti / @kaymanbeautyhq

Share on Facebook

Tular mengenai isu rekaan bungkusan tisu pembersih keluaran SimplySiti  terbaru yang dikatakan menyerupai keluaran Kayman Beauty pada tahun 2020.

Lantaran itu syarikat SimplySiti Sdn Bhd bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan, bagi menjelaskan hal yang berlaku berkaitan isu terrsebut epada orang ramai menerusi Instagram rasmi mereka pada Selasa.

Tiada Niat Tiru Rekaan Produk

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan syarikat milik penyanyi tersohor negara ini, pihak SimplySiti memohon maaf dan menjelaskan syarikat mereka tiada niat mahu meniru rekaan produk syarikat kecantikan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu mengatakan bungkusan tisu pembersih keluaran SimplySiti yang terbaru itu dikeluarkan menerusi pengilang peralatan asli atau OEM.

Foto – Instagram @officialsimplysiti

“SimplySiti Sdn. Bhd mengambil sepenuh perhatian di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas syarikat Kayman Beauty di media sosial mengenai dakwaan terdapat persamaan pada rekaan pembungkusan produk tisu pembersih keluaran syarikat tersebut.

Dimaklumkan bahawa pihak SimplySiti tidak berniat meniru mana-mana produk atau rekaan pembungkusan kerana tisu pembersih ini dikeluarkan menerusi pengilang peralatan asli atau OEM.

SimplySiti dengan tulus ikhlas memohon maaf di atas segala salah faham atau kekeliruan yang berlaku.

Kami amat menghormati syarikat-syarikat dan pengeluar produk lain serta mahu bersaing secara sihat di dalam perniagaan.

Semoga dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dan salah faham di antara pihak SimplySiti dan Kayman Beauty dapat diselesaikan dengan baik.” Jelas pihak SimplySiti

Pengasas Kayman Kongsi Perjalanan Rekaan Produk

Susulan itu, pengasas syarikat kecantikan Kayman Beauty, Nabella Anuar atau dikenali sebagai Belle mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang dikeluarkan pihak SimplySiti di media sosial.

Dalam masa yang sama, Belle turut berkongsi beberapa foto perjalanan pasukannya dalam menghasilkan rekaan bungkusan tisu pembersih.

Foto – Instagram @nabellaanuar

“Terima kasih untuk penjelasan @officialsimplysiti @ctdk”

“Dan ini adalah rekaan akhir dari pereka kami. Kami formulakan dan reka sendiri dari awal. Bukan formulation template kilang dan bukan rekaan template kilang.” Jelas Belle

Terbaiklah, dua-dua syarikat kecantikan ini tangani masalah dengan pantas, profesional dan baik.

Kayman BeautySimplySitiSimplySiti Sdn. Bhd.
https://lomp.at/8uevb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara