Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)

Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)

39
KONGSIAN
Share on Facebook

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat hanya berjubah tanpa telekung ketika solat.

Di platform Threads pula, seorang usahawan yang dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad mempersoalkan tindakan segelintir pengguna media sosial yang menyebarkan gambar Biduanita Negara itu sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan ramai.

Foto – @abcdefghijaz_ (Threads)

“Susahnya menjadi seorang Siti Nurhaliza. Dah elok fokus solat pun orang pergi ambil gambar dan sebarkan. Betapa besarnya dosa orang itu jadi buat orang bergaduh di sana sini.”

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra disapa sebagai TokTi. Di hantaran yang sama, TokTi tampil memberi respon yang cukup tenang.

“Takpela. Agak-agak dapat pahala tak kalau kita redha?”

View this post on Instagram

Bagaimanapun, isu ini turut mendapat perhatian agamawan seperti pendakwah bebas PU Syed dan Professor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. iaitu Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

View this post on Instagram

Menurut PU Syed, menerusi platform Instagram, pendakwah bebas ini mendedahkan bahawa telekung adalah pakaian untuk memudahkan golongan wanita dalam menutup aurat. Tambahnya lagi, pemakaian telekung bukanlah syarat sah solat.

“Sah solat walaupun tak pakai telekung. Solatnya itu adalah sah asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dengan sempurna. Telekung hanyalah pakaian adat untuk memudahkan penutupan aurat, bukan syarat sah solat.”

View this post on Instagram

Manakala Professor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd pula mengatakan hukum solat Biduanita Negara itu adalah sah kerana penampilannya masih lagi menutup aurat.

“Ramai yang tanya saya adalah solat DS (Datuk Seri) Siti ini sah? Jawapan saya solat DS Siti sah. Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat.”

Baginya, yang paling penting adalah menutup aurat dengan sempurna ketika solat dan pemakaian telekung pula lebih kepada kebiasaan masyarakat di Malaysia serta tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat.

Untuk makluman, penampilan TokTi ketika menunaikan solat di sebuah masjid menjadi persoalan ramai apabila segelintir individu menanyakan sama ada solatnya itu sah atau tidak jika berpenampilan sedemikian.

PU Syed Bersuara Isu Sharifah Aleya Tindik Hidung-"Berhati-Hatilah Tentang Hukum Agama..."
datuk seri siti nurhalizaProf Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff MohdProfessor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff MohdPU Syedsiti nurhaliza
https://lomp.at/mnato
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Foto - @remyishakofficial (FB) / @remyishaktiktok (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”

by Nurul A.
March 28, 2026

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara