Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

by Ayu Kamaruddin
December 10, 2025
2.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sosial Buzz kali ini kita kupas sebuah video biduanita negara yang sedang rancak di bualkan di laman media sosial. Ketibaan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Program Rancakkan MADANI di Putrajaya bukan sahaja menarik perhatian kerana pesona dan vokalnya yang tidak pernah mengecewakan, malah kemunculannya menaiki sebuah Porsche Cayenne GTS Coupe berwarna perak turut menjadi bualan hangat warganet.

Ketibaan Penuh Gaya, Aura Biduanita Negara

Sebuah video dimuat naik oleh pengguna TikTok @syahmilnazreen_ tampil memperlihatkan detik Siti tiba di lokasi acara dan ramai netizen mengakui terpaku melihat gaya eksklusif penyanyi tersohor itu. Entry Siti dengan artis antarabangsa tak ada beza, classy, smooth dan penuh aura superstar. Siti sememangnya layak tampil sebegitu eksklusif, memandangkan statusnya sebagai ikon muzik, figura bisnes berjaya dan nama besar yang sudah bertahan lebih dua dekad dalam industri.

@syahmilnazreen_

Ketibaan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza @Siti Nurhaliza di Putrajaya sempena Program Madani #SitiNurhaliza #BiduanitaNegara #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Untuk Selamanya – Siti Nurhaliza

Porsche Cayenne GTS Coupe ‘Steal the Show’ di Putrajaya

Dalam rakaman berdurasi beberapa saat itu, SUV mewah tersebut perlahan-lahan memasuki ruang parkir di bawah khemah utama. Dengan rekaan coupe sporty dam rim gelap bersaiz besar, warganet pantas mengenal pasti model itu sebagai Cayenne GTS Coupe, antara SUV berprestasi tinggi dalam rangkaian Porsche. Tinjauan MURAI, bercakap soal harga, versi baharu kereta ini boleh mencecah  RM700k atau lebih. Ini antara komen peminat mengenai kereta yang dinaiki oleh Siti.

Walaupun tampil ringkas, aura keanggunan Siti tetap mencuri perhatian apabila petugas acara mengiringinya sambil kedengaran jeritan kecil peminat yang tidak sabar menantikan kemunculannya.

VIA motor1.com

Ringkas, Eksklusif & Tetap Mesra Peminat

Menjengan di ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan keayuan selain tak nampak tua langsung. Ada juga peminat yang berkongsi pengalaman peribadi, menggambarkan momen bertemu TokTi sebagai detik ‘hilang dunia sekejap’. Seorang peminat tegar yang mengikuti kerjaya Siti sejak era Hiburan Minggu ini (HMI 1995) mengakui dirinya seakan lupa keadaan sekeliling ketika dapat berjabat tangan dan bergambar bersama penyanyi kesayangan negara itu.

“Sama dengan saya last year, bila dapat pegang tangan tokti, bergmbar sebelah tokti. Saya rasa hanya wujud tokti dengan saya je dekat situ, lepas tokti ckp orang lain nak ambil gambar juga tu, baru sedar ramai tunggu turn rupanya, maklumlah saya minat tokti time HMI 1995, saya dapat jumpa pegang tokti umur saya 40 tahun 2024, tu lupa diri kejap”

Lebih mencuit hati, ada pengguna yang berkata suasana itu mengingatkannya pada era 2005 seakan aura legenda TokTi tidak pernah pudar, sentiasa tampak muda dan manis.

“mak aihhh terasa macam kat 2005 weih”

Namun di sebalik tumpuan pada kereta mewah yang dinaikinya, peminat tetap lebih teruja menantikan persembahan ‘live’ Siti di pentas MADANI yang menjadi salah satu highlight acara tersebut.

Bagi warganet, kemunculan Siti bersama Porsche Cayenne GTS Coupe hanyalah melengkapkan imej seorang Biduanita Negara yang elegan, berkelas, tetapi tetap merendah diri setiap kali bertemu orang ramai.

Apa pun, kehadiran Siti di Putrajaya sekali lagi membuktikan statusnya sebagai antara figura paling dihormati dalam dunia hiburan bahkan video ringkas ketibaannya sahaja sudah cukup untuk tular dan mengundang pelbagai reaksi kagum dalam kalangan peminat. Murai ucapkan semoga terus bersinar sebagai figura kesayangan Malaysia on stage mahupun di luar pentas!

[VIDEO] Gelagat Afwa Tutup Muzik Nyanyian Siti Nurhaliza, Raih Perhatian Ramai!-"Bisinglah Ibuuuu"
dato siti nurhalizakeretaPorsche Cayenne GTS Coupetokti
https://lomp.at/1xmua
Share919Tweet574SendShare

KINI TRENDING

via Freepik
Sosial Buzz

Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini menarik perhatian warganet apabila membincangkan fenomena kumpulan pemborong semula atau reseller yang dikatakan sering...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah ‘Check’ Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Ramai masih keliru bila bercakap tentang bantuan MyKasih. Sebenarnya ia adalah bantuan makanan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Seronok Jadi Kartun, Tapi Data Selamat? Trend Karikatur AI Cetus Persoalan Privasi

by Phic ARMAN
February 9, 2026

Kalau anda buka media sosial sejak kebelakangan ini, mesti perasan satu benda, timeline tiba-tiba penuh dengan gambar versi kartun kawan-kawan...

Read moreDetails
via Thread /@elliysaaa
Sosial Buzz

Beli Sushi Untuk Iftar, Sekali Dapat Kain Lap & Bekas Mayo ‘Free’

by Naja Nix
March 3, 2026

Seorang wanita berkongsi pengalaman lucu ketika membeli juadah berbuka di sebuah cawangan Empire Sushi, namun apa yang diterimanya benar-benar di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara