Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Skechers Perkenal Koleksi Baharu GOWalk 7™, Sangat Bergaya & Selesa!

by Naddy Joe
March 15, 2024
Share on Facebook

Sebut sahaja mengenai kasut, tahap keselesaan adalah faktor utama yang akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Kini, anda tidak perlu tercari-cari kasut yang sesuai kerana, Skechers baru sahaja melancarkan generasi ketujuh, Koleksi GOwalk 7™ untuk lelaki dan wanita. Sama ada anda lebih suka berjalan kaki atau outdoor fitness sebagai sebahagian dari rutin harian anda, kasut ini memberikan sokongan dan keselesaan yang dipertingkatkan untuk membuatkan anda berjalan dengan lebih menyeronokkan.

Koleksi GOwalk 7™ untuk wanita menampilkan tiga rekaan menarik yang terdiri daripada Cosmic Waves, Springtime, dan City Lights.

GOwalk 7™ – Cosmic Waves

Dihasilkan dengan 100% bahan vegan, gaya berjalan ini menampilkan bahagian atas jaring yang direka bentuk dengan bahagian atas bertali regangan. Rekaan tapak tengah kusyen Ortholite® comfort foam yang memberikan keselesaan jangka panjang dan pengaliran udara yang tinggi dengan 5% kandungan getah kitar semula. Skechers GOwalk 7™ – Cosmic Waves ini dijual pada harga RM479.

GOwalk 7™ – Springtime

Gaya anggun ini menampilkan bahagian atas rajutan dengan panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® untuk memudahkan pemakai tanpa perlu tunduk atau bongkok. Skechers GOwalk 7™ – Springtime ini dijual pada harga RM479.

GOwalk 7™ – City Lights

Bagi koleksi City Lights ini, menampilkan Skechers Hands-Free Slip-ins® yang direka dengan 100% bahan vegan dan mempunyai bahagian atas rajutan rekaan Stretch Fit® pelbagai warna untuk keselesaan. Skechers GOwalk 7™ – City Lights ini dijual pada harga RM479.

Untuk lelaki pula, Skechers menampilkan dua rekaan Skechers GOwalk 7™ – Easy On 2 dan Free Hand 2 yang menawarkan gaya yang sporty serta mengutamakan keselasaan kaki ketika berjalan.

Cha Eun Woo Bawa Aura Oppa Dalam Koleksi Sport Skechers Terbaru

GOwalk 7™ – Easy On 2

Rekaan yang sporty ini menampilkan mesh & synthethic upper, tapak luar cengkaman dwiketumpatan yang tahan lama untuk kestabilan yang sangat baik, dan panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® memudahkan si pemakai menyarungkan kasut tanpa perlu membongkok atau menariknya. Skechers GOwalk 7™ – Easy On 2 ini dijual pada harga RM479.

GOwalk 7™ – Free Hand 2

Menampilkan bahagian atas rajutan regangan kejuruteraan lembut, tapak luar cengkaman dwiketumpatan tahan lama untuk cengkaman yang stabil serta panel tumit Skechers Hands-Free Slip-ins® yang membolehkan anda memasukkan ke dalam kasut tanpa perlu membongkokkan badan atau melutut. Skechers GOwalk 7™ ini dijual pada harga RM479.

Dengan harga antara RM439 hingga RM479 , Koleksi baharu GOwalk 7™ kini boleh didapati dan boleh dibeli secara dalam talian melalui https://www.skechers.com.my/collections/gowalk-7 serta di kedai di kedai konsep Skechers terpilih seperti Skechers The Exchange TRX, 1Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

skechers
https://lomp.at/i38by
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara