Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Smart Lock Tak Sampai Setahun Dah Rosak, Pembeli Luah Kecewa Tanggung Kos Tambahan Ratusan Ringgit

by Noe
February 26, 2026
via Imagefx /Flow

via Imagefx /Flow

43
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa sebuah smart lock jenama terkenal yang dibelinya pada harga RM485.93 mengalami kerosakan walaupun belum mencecah tempoh setahun penggunaan.

Menurut perkongsian di Thread, peranti kunci pintar itu tiba-tiba tidak berfungsi langsung, tiada lampu,dan tiada respons meskipun menggunakan bateri alkaline baharu seperti yang disarankan pihak penjual.

Pembeli turut memaklumkan bahawa dia sudah beberapa kali mengesahkan penggunaan bateri alkaline siap dengan bukti video menunjukkan pemasangan bateri jenama Energizer dilakukan dengan betul.

Namun begitu, masalah masih berlarutan.

Disahkan Bukan Isu Bateri Atau Pemasangan

Bagi mendapatkan kepastian, pengguna berkenaan merujuk kepada pemasang (installer) yang sebelum ini melakukan kerja pemasangan.

Selepas meneliti video kerosakan, pemasang tersebut berpendapat ia berkemungkinan besar berpunca daripada isu perkakasan dalaman (hardware), bukan masalah bateri mahupun kesilapan pemasangan.

Keadaan ini sekali gus menimbulkan persoalan tentang ketahanan produk, apatah lagi ia merupakan peranti keselamatan rumah yang sepatutnya berfungsi dengan stabil dan boleh dipercayai.

Kos Tanggungan Cecah RM300 Untuk Buka & Pasang Semula

Apa yang lebih membebankan adalah kos tambahan yang perlu ditanggung untuk proses pemeriksaan.

Bagi menanggalkan unit tersebut dan menghantarnya untuk semakan, pengguna perlu memanggil pemasang yang mengenakan caj RM150 bagi setiap lawatan. Ini bermakna:

  • RM150 untuk buka kunci
  • RM150 lagi untuk pasang semula selepas pemeriksaan

Jumlah keseluruhan mencecah RM300, hampir menyamai harga asal peranti itu sendiri.

Pengguna berkenaan berpendapat adalah tidak munasabah untuk pelanggan menanggung kos sedemikian sekiranya kerosakan berlaku dalam tempoh kurang setahun.

Dakwaan Servis Selepas Jualan Tidak Memuaskan

Selain isu teknikal, aspek khidmat selepas jualan turut menjadi perhatian. Pembeli mendakwa respons yang diterima agak perlahan dan tidak membantu.

Coklat Ole-Ole Cameron Highlands Didakwa Mengelirukan Pembeli

Walaupun nombor juruteknik diberikan, tiada maklum balas diterima, memaksanya membuat susulan sendiri berkali-kali.

Pengguna memaklumkan telah meminta sama ada pemulangan wang (refund) atau penggantian unit baharu, namun mendakwa masih belum menerima penyelesaian jelas.

Netizen Kongsi Pengalaman

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tampil berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing.

Ada yang menekankan kepentingan servis selepas jualan dan sokongan teknikal yang cekap, terutama bagi produk keselamatan rumah seperti smart lock.

Beberapa pengguna lain pula mencadangkan penggunaan jenama bateri tertentu yang didakwa lebih sesuai dengan peranti pintar.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman berdepan kesukaran tuntutan waranti bagi produk elektronik lain, sekali gus membangkitkan isu kejelasan polisi waranti dan perlindungan pengguna.

Dalam masa sama, terdapat komen berbentuk teknikal yang menjelaskan bahawa kerosakan berkemungkinan melibatkan papan litar elektronik (electronic board), memandangkan komponen mekanikal biasanya melalui ujian kualiti yang ketat.

via Thread /@muaznabil
via Thread /@khorcheejian
via Thread /@m.hafizhusin

Pengguna Harap Tanggungjawab Sewajarnya

Kes ini secara tidak langsung membuka perbincangan lebih luas mengenai standard kualiti, ketelusan waranti serta tanggungjawab penjual terhadap pelanggan.

Bagi produk berkaitan keselamatan, aspek ketahanan dan sokongan selepas jualan bukan sekadar nilai tambah, tetapi adalah keperluan asas.

Setakat ini, pengguna terbabit berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan secara adil tanpa membebankan pelanggan dengan kos tambahan yang tidak sepatutnya.

isu hargakerosakan. suara netizenservis lambatsmart lock
https://lomp.at/5dd5b
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Kongsi Isu Minyak, Aazief Khalid Dikecam Guna Bahasa Inggeris

by Phic ARMAN
March 26, 2026

Nama anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid kembali jadi perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai isu...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Detik Cemas Dalam Tudung, Ancaman Lipan Berbisa Ketika Cuaca Panas

by Noe
April 1, 2026

Baru-baru ini, satu perkongsian di Thread mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi pengalaman mencemaskan apabila menemui seekor lipan besar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Baju Belum Pakai Dah Reput?” Isu Kualiti Fabrik Cetus Persoalan Dalam Kalangan Pembeli

by Noe
March 25, 2026

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti sehelai pakaian...

Read moreDetails
Insentif

Dana DEWI Dibuka Khas Untuk Usahawan Wanita, Ini Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Golongan usahawan wanita kini mempunyai peluang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan apabila kerajaan memperkenalkan Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI). Inisiatif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara