Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Solat Jenazah Ghaib Ke Atas Ulama Tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Malam Ini

Umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian ulama tersohor, Yusuf al-Qaradawi yang menghembus nafas terakhir semalam.

by Arsiqin Yusof
September 27, 2022
Share on Facebook

Umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan berita pemergian ulama tersohor, Yusuf al-Qaradawi yang menghembus nafas terakhir semalam.

Tiga Masjid Utama Negara

Susulan itu, solat jenazah ghaib ke atas Allahyarham akan diadakan secara serentak di tiga masjid utama negara selepas solat isyak malam ini, kata Ketua Pengarah Jabaran Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff, seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Solat jenazah ghaib itu akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Majlis & Jabatan Agama Islam Negeri Turut Diajak

Dalam kenyataan hari ini, beliau menyatakan JAKIM turut menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan solat jenazah ghaib buat Almarhum.

“Semoga jenazah Almarhum diampunkan dan dirahmati oleh Allah SWT jua,” katanya.

Terdahulu, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, 97, meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya semalam.

Hakimah juga berkata, kerajaan Malaysia pernah memberi anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi atas jasa dan sumbangan beliau sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 1431H bersamaan 2009M.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Yusuf al-Qaradawi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara