Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Bintang ‘Crash Landing On You’, Son Ye Jin & Hyun Bin Bakal Tamatkan Zaman Bujang!

Muat naik aktres jelita dan syarikat agensi aktor kacak ini dibanjiri dengan komen tahniah dan restu orang ramai

by Puteri Alia
February 11, 2022
Foto - Instagram @yejinhand / @vast.ent

Foto - Instagram @yejinhand / @vast.ent

Share on Facebook

Pasangan selebriti dan juga bintang drama popular ‘Crash Landing On You’, Son Ye Jin dan Hyun Bin sah bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Ye Jin, menerusi hantaran kapsyen penuh makna di akaun Instagram nya semalam. Manakala bagi pihak Hyun Bin, syarikat agensinya Vast Entertainment memuatnaik nota tulisan tangan aktor tersebut bagi berkongsi berita gembira bersama peminatnya.

Mahu Bersama Seumur Hidup

Dalam muat naik Ye Jin di Instagram nya, aktres jelita ini  mahu menghabiskan seumur hidup bersama Hyun Bin dan berharap orang ramai terutama peminat dapat meraikan permulaan perjalanan kehidupan mereka berdua kelak.

Foto – Instagram @yejinhand

“Saya berfikir dalam dan panjang bagaimana nak kongsikan cerita ini kerana ia satu yang penting. Saya temui seseorang untuk habiskan sepanjang hayat saya dengan. Ya… dengan dia.

Lelaki bertemu wanita, mengenali antara satu sama yang lain dalam khalayak ramai, berjanji untuk bina masa depan bersama… Saya tak dapat bayangkan!

Ia terjadi secara semula jadi.. Tapi, bukankah ia takdir? Cuma dengan dia, saya rasa hangat dan di lindungi. Tolong kami raikan permulaan masa depan kami.

Dan kepada peminat kesayangan saya, saya menerima kasih sayang tidak berbelah bahagi dan untuk jangka masa yang panjang hingga sekarang. Saya fikir, tiada apa yang boleh di balas. Harap maklum saya sangat menghargai dan saya juga doakan anda semua bahagia!” Luahnya

Buat Keputusan Penting Untuk Berkahwin

Dalam pada itu Vast Entertainment mendedahkan pelakon tersebut telah berjanji ingin melangkah kehadapan bersama Ye Jin dan mahu membina mahligai bersama.

Foto – Instagram @yejinhand / @vast.ent

“Apa khabar, ini Hyun Bin. Adakah semua orang sihat? Saya menulis ini kerana saya ingin beritahu peminat saya yang banyak berikan sokongan dan kasih sayang dan menghargai saya walaupun saya ada kekurangan, pertama yang mengetahui tentang keputusan penting dalam hidup saya.

Mungkin ramai yang dapat menekanya, kan? Ya benar. Saya dah buat keputusan untuk berkahwin dan berhati-hati mengambil langkah kedepan dalam peringkat kedua hidup saya.

Saya buat perjanjian ini dengan wanita yang sering buat saya ketawa, untuk sentiasa berjalan bersama di hari mendatang. ‘Jung Hyuk dan Se Ri’ yang bersama dalam drama ambil langkah pertama untuk bersama di masa depan.

Saya percaya ramai orang gembira dan meraikan langkah pertama kami dengan kemesraan dan kasih sayang yang anda tunjukkan kepada kami sehingga hari ini.

Sehingga kita berjumpa lagi, tolong kekal gembira dan sihat.” tulis Hyun Bin

Rakan Artis Dan Peminat Ucap Tahniah

Perkongsian berita gembira ini membuatkan ramai peminat, kenalan rapat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen posting Ye Jin dan agensi Hyun Bin dengan ucapan tahniah dan doa restu.

Foto – Instagram @yejinhand / @vast.ent

“Yay, tahniah Yejin. Saya sangat gembira untuk kamu~!!! Bin, tolong buat Yejinnie kami bahagia~!!!” ucap aktres Oh Yoon Ah

“Yay~~~ Yejinnie kami, saya sebak sangat~~! Kamu dan Bin akan jadi pasangan kahwin yang sangat, sangat cantik.” luah penyanyi Lee Jung Hyun

“Sangat gembira untuk kamu berdua” komen peminat

Untuk rekod, pasangan sama padan ini bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup di Seoul pada bulan Mac kelak.

Crash Landing on YouHyun BinSon Ye Jin
https://lomp.at/3rkk2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara