Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Mahu Bercuti Ke Langkawi? Ini SOP Yang Perlu Anda Tahu

Pelancong boleh melakukan perjalanan ke Langkawi melalui udara atau darat

by Naddy Joe
September 10, 2021
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum mengetahui, Langkawi bakal menjadi destinasi pertama yang akan dibuka untuk sektor pelancongan pada 16 September.

Semua Negeri Dibenarkan Ke Langkawi 

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, Langkawi bakal dibuka untuk pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP, termasuklah yang berasal dari negeri Fasa 1.

Walaubagaimanapun, ia tidak dibenarkan bagi mereka yang tinggal di kawasan PKPD.

Pelancong boleh melakukan perjalanan ke Langkawi melalui udara atau darat. Bagi mereka yang menggunakan jalan darat harus menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Bagi pelancong tempatan dari Kedah dan Perlis pula, dan mereka yang terbang ke Langkawi tidak perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan.

SOP Yang Perlu Dipatuhi Jika Mahu Melancong Ke Langkawi

Berikut adalah SOP yang perlu anda patuhi sekiranya anda mahu melancong ke Langkawi:

  • Pelancong telah lengkap 2 dos vaksinasi
  • Jumlang penumpang yang dibenarkan dalam kenderaan bergantung pada kapasiti sebenar kenderaan.
  • Pengunjung perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.
  • Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.

Aktiviti Yang Dibenarkan Apabila Berada Di Langkawi

Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung apabila berada di Langkawi:

  • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan dan homsetay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan.
  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkelling, scuba diving, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure, nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial.
  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yachting).
  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping).
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya.
  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga.
  • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman padi.

Tiada had umur untuk memasuki Langkawi dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun harus melakukan perjalanan bersama penjaga yang telah diberi dua dos vaksin. Selain itu perlindungan insurans dan ujian Covid juga tidak diwajibkan.

Anda sudah bersedia untuk melancong ke Langkawi?!

covid-19Pulau LangkawiSOP Langkawi
https://lomp.at/pdh52
Share20Tweet13SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara