Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Tak Boleh Bersukan Dah! Ini Yang Perlu Anda Tahu Setelah PKPD Di Selangor & KL

PKPD dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 disebabkan kes yang semakin meningkat.

by Naddy Joe
July 2, 2021
via Harian Metro

via Harian Metro

Share on Facebook

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada 1 Julai bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 disebabkan kes yang semakin meningkat.

via Harian Metro

Berikut adalah semua SOP yang akan berlaku di kawasan yang dilaksanakan PKPD:

  • Semua laluan kawasan akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
  • Semua penduduk dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah, hanya untuk keluar membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
  • Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah bagi tujuan vaksinasi COVID-19 dibenarkan dengan menunjukkan bukti melalui MySejahtera atau SMS.
  • Lapangan Terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa. Aktiviti dan servis pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas. lapangan terbang, teksi, feri, (e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang teksi dan e-hailing terhad kepada dua orang sahaja termasuk pemandu.
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan, dan kumbahan.
  • Hanya kilang yang terlibat dalam pengeluaran makanan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
  • Pekerja perkhidmatan perlu atau mereka yang menjalankan tugas rasmi Kerajaan memerlukan surat pengesahan dari majikan atau pas perkerja yang sah.
  • Pekerja selain dari perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
  • Restoran, kedai/ gerai makan, trak makanan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/ kiosk dibenarkan beroperasi antara lapan pagi sehingga 8 malam.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja dibenarkan.
  • Kedai runcit. kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi sehingga 8 malam.
  • Hospital, klinik, dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
  • Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi.
  • Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.
via FMT

Stay Safe!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aktiviti dilarang pkpdpkpd klpkpd selangorsop pkpd selangor dan kl
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara