Baru-baru ini salah sebuah stesen televisyen mencetuskan pelbagai reaksi netizen disebabkan insiden janggal penyanyi, Bella Astillah yang dijemput untuk menjadi penyampai trofi kepada pelakon, Sophia Albarakbah di atas pentas pada Ahad.
Malah, rakan selebriti seperti Tiz Zaqyah, Nina Ismail Sabri, Alicia Amin, Elly Mazlein, serta Azrul Raja Lawak turut bersuara mengenai isu tersebut.
Bella Bersikap Profesional
Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri menerusi hantaran di Threads memuji sikap Bella yang profesional biarpun sengaja diletakkan dalam situasi sedemikian.
“Late to the party this AM, melihat orang komen mengenai Bella dan Melo**. Dia pasti telah move on, tapi yang pernah rasa je tahu anda boleh maafkan atau move on, tapi anda tak akan boleh pernah melupakan.
Dia (Bella) masih bersikap profesional biarpun dia tahu dia sengaja diletakkan dalam situasi hodoh itu, well done Bella.”-kata Nina Ismail Sabri
Mohon Tidak Libatkan Kehidupan Peribadi
Dalam pada itu, pelakon, Tiz Zaqyah turut mengkritik program hiburan tersebut yang pernah ‘terjah’ salah sebuah lokasi penggambaran dan menebual salah seorang pelakon sehingga menangis dan tidak dapat meneruskan penggambaran.
“Melod* can’t hide the old antics. Kami ingat bagaimana you guys terjah set ketika kami shoot dan pernah interview our co star sampai menangis dia balik rumah tak boleh shoot.
Tanya soalan on camera, soalan kita jawab korang crop edit. Stop it laa. Publisiti is publisiti. Jangan la libatkan kehidupan peribadi. Bolehkah anda bayangkan perkara yang anda siarkan dan ia kekal sepanjang hidup? Ingat tau, ia kekal SELAMA-LAMANYA!.”-tulis Tiz Zaqyah
Wanita Menjadi Sasaran
Bukan itu sahaja, model dan pelakon Alicia Amin turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak terlibat yang lebih memberikan sasaran terhadap para wanita berbanding lelaki.
“Mereka hanya lakukan ini kepada wanita. Mereka TIDAK PERNAH memalukan lelaki. Anugerah, headline, semua disasarkan kepada WANITA. Sick sick sick.”-kesal Alicia Amin
Mahukan Engagement Yang Tinggi
Pelakon dan pelawak, Azrul Raja Lawak menyifatkan pihak berkenaan sememangnya mahukan engagement yang tinggi dengan menularkan isu Bella dan juga Sophia.
“Apapun anugerah dapat engagement yang tinggi bila isu Bella dengan Sophia ditularkan. Ada yang terus mencari video tersebut sebenarnya ini yang diorang nak!.
Dalam Malaysia hanya 2 anugerah yang prestij iaitu Anugerah Seri Angkasa (100% juri profesional dan akademia), Anugerah FFM (100% juri profesional), yang lain erm.”-tulis Azrul di Thread
Seni Makin Membusuk
Tidak menyebut mana-mana pihak, pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein menerusi hantaran di Instagram memohon anak seni untuk berhati-hati kerana industri seni yang semakin membusuk.
“Mereka tidak peduli pasal kita. Please take note. Benda yang tidak harus dibiasakan. Kita seperti boneka. Hati-hati wahai ‘seni’.
Seni sepatutnya halus, tapi sayang. Seni benam seni. Seni makin membusuk. Jaga diri yang sayang kerana tiada siapa yang peduli.”-tulis Elly di Instagram
Apa komen anda?