Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Stacy Jahit Baju Raya Akim Sampai Terpotong Pendek Pada Pagi Raya?

by Ayden Mikhael
June 16, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini, Stacy ada berkongsi gambar di Instagram sedang menjahit serta menyiapkan baju raya untuk keluarga beliau. Semalam, Stacy memuatnaik gambar mereka sekeluarga memakai baju raya yang telah siap dijahit oleh Stacy sendiri untuk dipakai pada pagi raya.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah pengalaman lucu serta memori manis yang dikongsi oleh Stacy sendiri sewaktu dalam proses menyiapkan jahitan baju-baju raya tersebut. Stacy terlupa untuk meletakkan poket pada baju melayu Akim dan kain bajunya sendiri terpotong pendek disebabkan ketekunan Stacy menjahit.

View this post on Instagram

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

“Selamat hari raya aidilfitri semuaa.. Salam mohon maaf diampun segala salah silap yang ada?? Inilah hasil tangan baju Raya kami tahun ini?? Pengalaman yang sangat best dan lucu tapi yang penting dapat pengalaman best tu.”

“Baju kurung saya ni jadi singkat sebab si chichal kecik tu. Kita sudah asingkan kain yang sudah digunting pastu dia boleh kacau pula..mami terpotong pendek dan sempit sebab ingatkan itu kain untuk beyya? Pastu pengalaman baju eshaal pula mau 2 ke 3 kali alter sebab badan dia kecik sangat hahahaha..”

“Tapi yang paling best baju si akim? Sibuk dia ingatkan tikam tulang belut di leher tu sampai mami lupa buat poket baju melayu? smlm tengah masukkan duit raya baru perasan tiada poket baju dia adoii..punya kecewa? macam baju kurung lah juga dady pakai cuma tiada skirt?”

“Beginilah kalau hasil tangan amatur..yang penting pengalaman lah kan?habis rumah atuk diorg penuh bling2 tu sebab jatuh2 hahaha..Tu lah ying,i dah cakap jangan suruh i jahit..hansull jadinyaa hahahaha..Selamat hari raya semuaaa!!??” Tulis Stacy di Instagram beliau.

Sementara itu, menerusi Instagram Akim pula, beliau meluahkan penghargaan buat isteri tersayang. Menurutnya, meskipun ada kekurangan pada baju-baju yang disiapkan, tetapi ketekunan Stacy yang amat dikagumi dan akan menjadi memori manis pada Hari Raya mereka sekeluarga.

https://www.instagram.com/p/BkDT5Nrgqau/?hl=en&taken-by=akimahmad

“Selamat hari raya semua, inilah baju yang dijahit oleh isteri tercinta, sebuah tugasan yang diselesaikan oleh isteri saya, betapa tekunnya dia menjahit walaupun tak pernah pun jahit baju kurung dan baju melayu ni. Walaupun ada kekurangan yang menjadikan ia memori untuk kami berdua kenang dan ingatkan, tapi kekurangan itulah yang buat aku terima kau wahai isteriku.”

“Ketekunan kau itulah yang membuat aku memilihmu. Bukan baju yang sempurna yang aku mahukan, yang aku mahu adalah kau dan keluarga kecil kita. Semoga engkau menjadi isteri yang sentiasa patuh pada suamimu. Dan aku berdoa semoga Allah sentiasa memberikan kurnia padamu wahai isteri.” Tulis Akim.

murai.my mengucapkan tahniah buat Stacy kerana berjaya menyiapkan baju raya untuk sekeluarga. Walaupun ada kekurangan dan masih di peringkat beginner untuk menjadi tukang jahit, tetapi kepuasan yang diperolehi dengan baju-baju yang dijahit dengan air tangan sendiri pasti rasa berbaloi yang dibuat dengan sepenuh hati dan kasih sayang buat keluarga tercinta.

Ketekunan, kerajinan serta usaha Stacy dalam menyiapkan baju-baju raya ini wajar dipuji dan dicontohi oleh semua pembaca-pembaca murai.my. BRAVO STACY!

[VIDEO] Dalam Diam, Stacy Cipta Lagu Untuk Hafiz Zainal, Peminat Puji- " Berair Mata Dengar Lagu Ni.."
Akim Ahmadstacyummu shaikah stacy anam
https://lomp.at/qs37c
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore