Yes, bunyinya macam tak masuk akal, tapi itulah realitinya bila MURAI dan tiga media lain (plus Sammy dari AirAsia, our fave travel buddy) berpeluang stay di Finniss River Lodge, sebuah penginapan mewah betul-betul dekat hutan tropika somewhere in Litchfield, Darwin.
Trip ini bukan suka-suka tau, tapi sempena penerbangan sulung AirAsia dari KL ke Darwin (shoutout Tourism Northern Territory!), dan kami boleh confirm, tempat ini bukan calang-calang. Siap ada airboat, lembu jinak dan chef peribadi. Macam skrip reality show, tapi semua tu real.
Lodge Paling Rare Dalam Hidup Kami
Finniss River Lodge ini bukan calang-calang tempat, geng. Dia cuma ada 6 suite sahaja. “Yes! enam bilik je wehh!”. Maksimum 12 orang boleh menginap dalam satu masa, so kalau mahu lari dari hiruk-pikuk dunia (dan manusia), memang tepat sangat pilih sini. Terletak dalam kawasan ladang lembu family-owned seluas 20,000 hektar (besar gila, basically boleh main hide and seek tak jumpa sampai tahun depan), lodge ini terletak dekat dengan Taman Negara Litchfield dan totally dikelilingi oleh nature yang belum terusik.
Setiap bilik ada katil king, bilik air besar boleh buat content drama Korea, tab mandi elegan, dan tingkap full glass dari lantai ke siling untuk vibe main character bila matahari terbenam. Dek peribadi pun ada, kalau tiba-tiba mau healing tengok kanggaru lompat-lompat.
Nak chill? Ada kolam renang infiniti dengan view wetlands, lounge kayangan siap barista, bar cocktail, ruang makan ala-ala private chef dinner, dan satu sistem “no door lock” sebab tempat ni secure gila atau mungkin sebab semua orang terlalu tenang untuk fikir pasal crime.
Pendek kata, ini tempat untuk rasa kaya, tenang dan jauh dari semua drama dunia.
Aktiviti Macam Dalam Dokumentari, Tapi Sebenarnya Fun Gila
- Airboating atas padang banjir | laju, basah sikit, dan penuh adrenaline.
- Cows & Canapés | minum petang sambil gosok lembu jinak, lembu pun tahu posing.
- Sunrise buggy ride | awal pagi pusing kawasan hutan, udara fresh, view cantik, dan semua orang tiba-tiba jadi senyap sebab terlalu amazed.
Setiap aktiviti dia lain macam. Tak rasa macam aktiviti resort biasa. Ini level “nature dengan kelas”.
Airboating
Kalau teringin nak masuk dalam dokumentari BBC Earth tu, di sini ada aktiviti wajib kalau menginap di Finniss River Lodge. Airboating atas floodplain Finniss River. Kalau anda bayangkan naik perahu biasa sambil selfie ala picnic vibes… lupakan. Ini bukan perahu biasa, ini bot berenjin besar dengan kipas gergasi kat belakang, yang bunyi dia boleh kejutkan buaya tidur.
Tapi jangan risau, sebab aktiviti ini bukan sekadar adrenaline rush semata-mata. Sepanjang kami meluncur laju atas permukaan air yang dipenuhi teratai dan rumput liar, kami disambut oleh kawanan burung liar, dan… ya, beberapa ekor buaya tersengih dari jauh. Sangat. Menyeramkan? Mungkin sikit. Tapi pengalaman ini memang rare, sebab bukan selalu dapat rasa macam tengah berada dalam dokumentari Steve Irwin tapi dengan gaya glamping.
Pendek kata, airboating kat Finniss River ni macam roller coaster versi semula jadi, penuh aksi, penuh kejutan, tapi tetap rasa selamat dan best.
Sarapan Pagi Mind-Blowing
Antara highlight yang paling underrated tapi sebenarnya paling mind-blowing dekat sini ialah sesi sarapan pagi eksklusif kami. Bukan sekadar duduk makan telur separuh masak tepi kolam, ya! Ini breakfast in the wild, dikelilingi landskap semulajadi yang rasa macam dalam filem National Geographic. Bayangkan kami tengah nikmati hidangan sambil ditiup angin lembut dari padang ragut, tapi yang paling padu kami dikelilingi oleh struktur semula jadi pelik tapi cool gila yang dipanggil Cathedral Termite Mounds.
Mound ni bukan calang-calang. Tinggi dia boleh cecah empat meter. Lagi menarik, struktur ni boleh berusia hingga 100 tahun, dan dibina sepenuhnya oleh serangga kecil bernama anai-anai. Yang jenis “magnetic termite mounds” pula lebih pendek sikit, dalam dua meter, tapi tetap penuh seni bina semula jadi. Nak kata kami kagum tu… memang tak sempat selfie, sebab semua mulut ternganga tengok “binaan” ni.
Makan Tak Payah Cari Food Review, Semua Disediakan
Chef di sini macam tahu selera setiap orang. Menu bertukar hari-hari, bahan segar, plating cantik, rasa pun power. Kami jenis yang setiap kali makan akan bisik, “Okay ini paling sedap,” dan esoknya cakap benda yang sama. Chef ini sentiasa muncul di mana-mana sahaja ketika kami menginap di sini, tiba-tiba dahaga, order sahaja, dia buat.
Sampai satu tahap, kami terfikir nak tanya chef ni- “Memang tak balik rumah ke?”
MURAI, tiga media lain, dan Sammy, masing-masing ada karakter sendiri, tapi bila travel sama-sama, terus jadi macam satu team yang dah biasa travel dari dulu. Semua sporting, semua suka ambil gambar, dan semua enjoy. Tak kisah walau berpeluh atau libas air dengan buaya, kami tetap akan cari angle lighting terbaik.
Dan kalau ada yang tertinggal kunci bilik, jangan risau, sebab kat sini memang tak ada kunci. Satu pengalaman yang buat kita rasa macam “you can check out anytime, but you can never leave.”
Macam Mana Nak Booking Finniss River Lodge?
Kalau anda sudah rasa lodge ini macam your next dream getaway, boleh buat tempahan terus di laman rasmi mereka:
Boleh pilih terus tarikh, tengok availability, dan request aktiviti khas. Lodge ni eksklusif dan private, jadi disarankan buat tempahan awal, especially kalau nak datang waktu cuti umum atau musim travel peak.
Minimum stay ialah dua malam, dan semua pakej termasuk makanan, aktiviti, dan pengangkutan dari lapangan terbang.
KL ke Darwin? Tak Payah Transit, Tak Payah Drama
Yang bestnya, sekarang ni anda sudah boleh terus terbang dari Kuala Lumpur ke Darwin dengan AirAsia, empat kali seminggu. Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Flight ambil masa dalam 5 jam, terus landing dekat kawasan yang penuh dengan alam semula jadi dan hidden gems.
Darwin mungkin bukan tempat yang selalu dalam radar traveller Malaysia, tapi trust us, ini tempat yang tengah tunggu untuk diterokai sebelum orang lain jumpa dulu.
Kalau anda nak lari dari rutin biasa, nak experience lodge yang bukan sekadar penginapan tapi satu journey, Finniss River Lodge patut masuk bucket list sekarang juga.
Terima kasih AirAsia & Tourism NT sebab bagi peluang kepada kami untuk rasa pengalaman luar kotak, yang buat kami tak nak balik.