Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Stephen Rahman Ditawarkan Jadi Jurulatih Bola Sepak

by Zaidin Albert
December 19, 2017
Share on Facebook

Enfiniti, syarikat hiburan peneraju di Malaysia, hari ini mengumumkan pelawak stand-up tempatan Douglas Lim dan bintang West End dan koreografer terkenal Stephen Rahman-Hughes sebagai barisan pelakon terbaharu bagi watak Tauke Kopitiam dan Coach Harry Mountain di dalam OlaBola The Musical.

View this post on Instagram

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Produksi yang dinanti-nantikan itu akan dipentaskan selama sebulan sahaja di Istana Budaya yang baru sahaja diubah suai dan bakal memukau lebih 20,000 peminat teater bermula 8 Februari hingga 11 Mac 2018. Tiket-tiket boleh dibeli di www.olabolamusical.com dan berharga daripada RM60 ke atas dengan promosi berterusan seperti berikut:

View this post on Instagram

A post shared by Stephen Rahman-Hughes (@stephenrahman_hughes)

Bintang West End Stephen, yang akan melakonkan watak Coach Harry Mountain, bukan asing dalam dunia teater Malaysia setelah memainkan watak paling diingati iaitu Hang Tuah dalam produksi Enfiniti yang memenangi anugerah Puteri Gunung Ledang The Musical dan beberapa tahun kemudiannya memainkan watak Merok di dalam filem epik aksi tempatan, Hikayat Merong Mahawangsa.

Mendapat latihan di Rambert School of Ballet and Contemporary Dance, beliau sejak itu telah meneguhkan statusnya sebagai koreografer yang memenangi pelbagai anugerah di Royal Opera House dan La Scala di Milan.

View this post on Instagram

A post shared by Stephen Rahman-Hughes (@stephenrahman_hughes)

Dengan pengalaman tarian yang banyak, Stephen juga diumumkan sebagai Pengarah Pergerakan Khas pada September lalu, di mana beliau memainkan peranan penting di dalam mereka konsep koreografi dan babak bola sepak.

“Berganding tenaga bersama pasukan Enfiniti tidak perlu difikir panjang. Setelah bekerja dengan Tiara dan pasukannya sebelum ini, OlaBola The Musical akan menjadi suatu produksi yang sangat unik yang saya rasa akan meningkatkan piawaian industri seni persembahan di Malaysia. Untuk memegang dua watak sangat penting serentak di dalam produksi ini, saya dengan rendah diri dan berasa bangga menjadi sebahagian daripada pengembaran menarik ini dan tidak sabar memaparkan kepada orang ramai apa yang kami ada,’’ kata Stephen yang akan memainkan watak Coach Harry Mountain.

Diarah oleh produser, pelakon dan advokat seni persembahan yang memenangi anugerah, Tiara Jacquelina, OlaBola The Musical merupakan produksi asli terbaharu Enfiniti susulan daripada kejayaan Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan MUD: The Story of Kuala Lumpur. OlaBola The musical telah dipilih untuk persembahan di Istana Budaya yang baru sahaja selesai pengubahsuaian dari 8 Februari hingga 11 Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai tiket, sila lawat laman web www.olabolamusical.com dan ikuti halaman FB Enfiniti (facebook.com/EnfinitiMY) dan IG (instagram.com/enfinitimy).

https://lomp.at/vqebk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara