Sejak keputusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diumumkan, ramai mula semak status permohonan masing-masing. Ini Khabar baik buat semua, bagi yang tidak lulus atau perlu kemas kini maklumat, masih ada peluang kedua melalui proses rayuan yang kini telah dibuka.
Untuk pengetahuan semua, kerajaan memang membuka ruang rayuan bagi mereka yang tidak lulus atau ingin mengemaskini maklumat tetapi dengan tempoh terhad.
Rayuan STR Dibuka Sampai 30 Jun 2026
Bagi yang terlepas pandang, rayuan STR bagi kelayakan Fasa 3 kini sedang dibuka dan akan ditutup pada 30 Jun 2026.
Tempoh ini sangat penting kerana ia merupakan peluang kedua untuk pemohon membetulkan semula maklumat atau mengemukakan bukti tambahan bagi menyokong kelayakan masing-masing.
Lebih menarik, bukan sahaja untuk yang “Tidak Lulus”, malah penerima yang sudah lulus pun boleh buat rayuan jika ada perubahan seperti status perkahwinan, pendapatan atau bilangan anak.
Kenapa Ramai Tak Lulus STR Tahun Ini?
Hakikatnya, proses semakan STR 2026 dilihat lebih ketat berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana data pemohon kini disemak secara menyeluruh melibatkan pelbagai agensi kerajaan.
Antara faktor yang boleh menyebabkan permohonan tidak lulus termasuk:
- Pendapatan melebihi syarat kelayakan
- Pemilikan kenderaan atau aset tertentu
- Maklumat tidak sepadan dengan rekod agensi
- Pertindihan permohonan (duplikasi)
Pendek kata, sistem kali ini lebih “detail” sebab itu ada yang rasa tiba-tiba tak layak walaupun sebelum ini okay.
Cara Semak Status STR 2026
Sebelum buat rayuan, langkah paling penting adalah semak dahulu status permohonan.
Semakan boleh dibuat dengan beberapa cara rasmi, antaranya:
- Log masuk ke portal rasmi STR melalui akaun MySTR
- Hadir ke cawangan LHDNM berhampiran
- Hubungi hotline rasmi yang disediakan
Di portal, anda boleh lihat sama ada status anda “Lulus”, “Tidak Lulus” atau masih “Dalam Proses”.
@imrnwfi Cara Semak Status STR #sumbangantunairahmah #mystr
♬ Refreshing POP by Acoustic Guitar and Marimba – TOKU SPACE MUSIC
Apa Perlu Buat Jika Status “Tidak Lulus”?
Kalau status anda “Tidak Lulus”, jangan panik dulu. Masih ada peluang untuk betulkan keadaan melalui rayuan, tapi anda perlu lakukan beberapa perkara penting terlebih dahulu.
- Pertama, semak sebab kenapa permohonan ditolak melalui kod alasan yang dipaparkan dalam sistem. Ini penting supaya anda tahu apa yang perlu diperbaiki.
- Kemudian, sediakan dokumen sokongan jika diperlukan. Walaupun tidak semua kes perlukan dokumen, ada situasi tertentu yang memerlukan bukti tambahan.
- Akhir sekali, hantar rayuan sama ada secara dalam talian atau terus di kaunter LHDNM.
Cara Buat Rayuan STR
Proses rayuan sebenarnya agak mudah dan boleh dibuat mengikut keselesaan masing-masing.
Bagi yang nak cepat dan mudah, rayuan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi STR dengan hanya log masuk ke akaun MySTR dan pilih menu rayuan.
Namun, bagi kes tertentu seperti kod duplikasi atau permohonan dari luar negara, rayuan perlu dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
Apa yang penting, pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap sebelum dihantar.
@imrnwfi Cara Mohon Rayuan STR 2026 #str #rayuanstr #str2026
Untuk makluman, bayaran STR Fasa 2 telah mula disalurkan sejak Mac 2026 secara berperingkat. Manakala bagi permohonan baharu dan rayuan, pembayaran akan diproses dalam Fasa 3 jadi keputusan rayuan anda akan menentukan sama ada layak terima bayaran seterusnya atau tidak.
Bagi Murai, Isu STR 2026 ini bukan sekadar soal “lulus atau tidak lulus”, tetapi lebih kepada bagaimana ia memberi impak terus kepada kehidupan harian rakyat. Bila ada yang tidak lulus, ia boleh jadi momen cemas; tapi bila rayuan masih dibuka, di situlah elemen “nafas lega” muncul, betulkan?







