Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Striker Liverpool, Diogo Jota Maut Selepas Rempuhan Kereta & Terbakar Di Sepanyol

by Soph Azz
July 4, 2025
Foto - @diogoj_18 (IG)

Foto - @diogoj_18 (IG)

Share on Facebook

Seluruh kelab dan peminat Liverpool bersedih atas berita ini.

Penyerang Liverpool, Diogo Jota telah meninggal dunia pada usia yang sangat muda, 28 tahun, selepas kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas dari jalan raya di utara Sepanyol.

Lebih menyedihkan, Diogo meninggal dunia hanya dua minggu selepas dia berkahwin dengan kekasih, Rute Cardosa- rakan baiknya sejak kecil lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Rute Cardoso 🎀 (@rutecfcardoso14)

Menurut beberapa sumber, Diogo sedang dalam perjalanan dengan adiknya, André Silva (yang turut bermain untuk kelab Portugis) menaiki Lamborghini Versa.

Tayar Lamborghini tersebut dikatakan telah meletup ketika cubaan memotong di A-52 (wilayah Zamora), kira-kira 70 batu ke barat bandar bersejarah Valladolid. Letupan tayar itu menyebabkan kereta dipandu Diogo telah hilang kawalan, lari keluar daripada jalan raya, terhempas dan terbakar.

View this post on Instagram

A post shared by Diogo Jota (@diogoj_18)

Perkhidmatan kecemasan di wilayah Castilla dan Leon telah mengesahkan kemalangan yang melibatkan kedua-dua pemain bola sepak itu.

“1-1-2 memaklumkan kepada Polis Trafik Zamora, Bomba Majlis Wilayah Zamora dan Pusat Koordinasi Kecemasan Sacyl (CCU) mengenai kemalangan ini. Dari situ, Unit Kecemasan Perubatan (UME) dan Kakitangan Perubatan Primary Care (MAP) Pusat Kesihatan Mombuey telah dihantar, mengesahkan kematian dua orang di tempat kejadian.”

View this post on Instagram

A post shared by Diogo Jota (@diogoj_18)

Untuk pengetahuan kamu, Diogo bermain di bahagian sayap kiri bersama Liverpool selepas menyertai kelab dari Wolves pada 2020. Ketika itu dia menyertai dengan nilai £41 juta (RM236,781,847).

View this post on Instagram

A post shared by Diogo Jota (@diogoj_18)

Sekadar info, Diogo Jota baru sahaja berkahwin dengan kekasihnya, Rute Cardoso di Porto, Portugal, sepuluh hari yang lalu. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

View this post on Instagram

A post shared by Diogo Jota (@diogoj_18)

Hantaran terakhir Diogo di Instagram adalah sehari lepas, di mana dia memuat naik sebuah video yang merakamkan momen majlis perkahwinannya dengan Rute. Hantaran itu mendapat 3.1 juta tanda suka dan 459 ribu komen.

Rest in peace Diogo Jota.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
andre silvadiogo jotaLiverpoolsepanyolstriker liverpool
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara