Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Suami Lufya Dedah Bukti Nafi Endahkan Anak

by Khai Azfar
November 22, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial memperkatakan mengenai suami Lufya Omar, Dr. Che Hafiz yang didakwa seperti sengaja mengendahkan panggilan dan tangisan anak tunggalnya, Laana Haura usai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin lalu. Sejak tularnya video tersebut, terdapat segelintir netizen mengecam tindakannya sehingga menganggap Hafiz bukanlah seorang bapa yang baik

Hafiz Dedah Bukti

Menjawab isu tersebut, menerusi laman Instagram nya Hafiz menjelaskan pada ketika itu dia sememangnya langsung tidak mendengar panggilan anaknya malah dia akui fikirannya pada ketika itu hanya memfokuskan mengenai soal sesi jawab bersama media tidak lama kemudian.

Dedah Hafiz, sebelum prosiding tersebut berlangsung dia berkesempatan untuk bersama dengan anaknya dan beberapa foto gambar mereka bersama turut dimuatnaik doktor tersebut sebagai bukti buat mereka yang memfitnahnya sebelum ini.

Mohon Maaf Pada Anak 

Jelasnya lagi, dia akui isu seumpama itu sememangnya agak sensitif dalam masyarakat apatah lagi melibatkan seorang anak kecil. Namun menurutnya, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dia sebagai seorang bapa semememangnya tidak sanggup untuk berbuat demikian.

“Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love jika difikirkan secara waras bapa mana dekat atas dunia ini tak sayangkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yang ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal”

Dalam prosiding itu, Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari telah memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut diantara mereka selepas Hafiz enggan menceraikan isterinya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz)

Sebagai info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia 2 tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dr che hafizsuami lufya omar
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara