• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Dulu Pernah Jijik Dengan Kemaluan Sendiri? Ini Kisah Nong Poy, Transgender Tercantik Yang Dilamar Lelaki Kaya

by Phic ARMAN
February 8, 2023
Share on Facebook

Orang ramai dikejutkan dengan figura Nong Poy yang digelar transgender tercantik di dunia versi Candler TV yang bakal berkahwin dengan seorang warga Thailand yang kaya raya. Nong Poy telah dilamar oleh seorang usahawan Thailand yang kacak bernama Oak Phakwa Hongyok.

Tunang Nong Poy merupakan anak kepada hartawan, pewaris hartanah yang terdiri daripada hotel, muzium, restoran dan kafe di kawasan Phuket, Thailand.

Berdasarkan laporan media Thailand, Thairath, bahawa Nong Poy dan Oak telah mengenali antara satu sama lain selama lebih 20 tahun sebelum Nong Poy akhirnya melakukan pembedahan tukar jantina. Bagaimanapun, mereka berdua baru mula bercinta setahun lalu.

Sebelum dikenali sebagai Nong Poy, nama samaran lain bagi transgender cantik ini ialah Trechada Petcharat. Kemudian dia menjelma sebagai artis dan model Thailand. Beliau kemudiannya dikenali sebagai Poyd, Nong Poy, dan Treechada Malayaporn.

Treechada Petcharat dilahirkan sebagai lelaki

Treechada Petcharat dilahirkan sebagai lelaki. Tetapi dia menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuhnya. Jantina lelaki tetapi jiwanya perempuan. Dia menyembunyikan jantinanya daripada masyarakat dan terpaksa hidup sebagai seorang lelaki.

Pun begitu, dia secara diam-diam meneruskan aktiviti seperti kanak-kanak perempuan iaitu bermain anak patung Barbie semasa kecil. Malah dia mengaku meluat dengan kemaluan dan tubuhnya ketika itu. Sehingga pada usia 17 tahun, aktres kaya itu menjalani Gender Affirming Surgery. Ini ialah pembedahan menukar jantina atau pembedahan pengesahan.

Satu prosedur pembedahan di mana penampilan fizikal dan kebolehan fungsi transgender diubah mengikut jantina yang diingini. Pada masa itu Nong Poy masih bersekolah. Keputusannya ditentang oleh ibu bapanya. Tetapi akhirnya keluarga dan rakan-rakannya faham bahawa Nong Poy mahu menjadi dirinya sendiri. Selepas pembedahan Nong Poy berasa dilahirkan semula. Dia menikmati kehidupannya sekarang dengan kerjaya yang melonjak naik dan menjadi orang yang paling cantik.

Nong Poy
https://lomp.at/oc2qv
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore